hhmm... dah cukup lama aku tak update weblog nih... aku terlalu sibuk dengan kerja-kerja ofis disebabkan projek Regatta. Ini pun aku cuba mencuri masa untuk menulisnya...
. . .
Dua hari lepas, aku menghadiri majlis sambutan Hari Raya di rumah Nizam Zakaria bersama Is dan Kahiril. Is membawa Man, BF baru dia manakala aku membawa adikku Hairie. Well, seperti yang dijanjikan, lepas ofis hour, aku terus ke Shah Alam mengambil Hairie dia sana. "A'kum... Hairie kat mana nih?", soalku menerusi Hotlink Mobileku. "Hairie dalam perjalanan pulang ni, kat Hilton PJ", jawabnya. Hmm... aku "lepak" kat taman tasik Shah Alam sementara menunggu kepulangan Hairie ke rumahnya. Kira-kira jam 6:45 petang, eku menalefonnya kembali. "Hairie dah sampai rumah, nak mandi ni, abang datang le rumah sekarang". "OK, abang datang", jawabku.
Sampai saja di rumah Hairie, aku terus masuk dan di sambut oleh housemate-nya. Aku duduk menunggunya di koridor sambil merenung jauh ke luar rumah. "Ha, abang. Cakap nak salin baju? Mana beg baju?", soal Hairie denga keadaan tersipu-sipu. Kelihatan rambutnya lembab dan kusut tidak terurus, ternyata dia baru sahaja lepas mandi. "Aha, tapi abang tak de lah sampai bawak beg baju. Just baju je kat kereta. Abang nak pergi ambil ye?", balasku kepadanya. Pergerakkanku menuju ke kereta seperti diperhatikan, tapi aku tak tahu diperhatikan oleh sapa, samada Hairie atau housemate dia sendiri. Yang pasti pergerakkanku seperti ada sahaja tak kena, menggelabah tak tentu arah. Sampai kat kereta, aku tukar kasut aku dengan sandle hitam ala-ala PLU, and then aku bukak jaket kerja aku, aku ambil baju dan seluar aku dan terus masuk ke rumah. "Abang boleh salin baju kat dalam bilik air sana", arah Hairie kepadaku. Lidahku seperti kelu untuk berkata-kata. Apa yang mampu aku buat hanyalah mengangguk setuju dan akur atas arahannya. Aku masuk ke dalam bilik air dia. Aku salin baju apa yang patut. Aku memakai baju bebunga kuning semi-lutsinar dengan seluar jeans berjenama SUB yang ku beli 3 hari sebelum hari raya yang lepas.
AKu keluar sahaja dari bilik air, kulihat Hairie tersenyum ke arah ku. AKu tak tahu apa yang dia senyumkan, mungkin dia berasa lucu cara aku berpakaian, atau mungkin selainnya. "Kejap ye bang. Abang duduk dulu, saya nak bersiap", kata Hairie sambil berlari meluru ke dalam bilik air sambil membawa botol yang aku kurang pasti apa kandungannya. Dalam masa lima minit kemudiannya, dia keluar sambil berkata, "Aha, malaslah nak pakai contact lense, leceh betul. Ok dah". "Jom gerak", ajakku. Kami pun turun berjalan ke keretaku sambil aku bertanya, "Hairie tahu mana enterence untuk ke highway KESAS yang terdekat kat Shah Alam ni? Masuk KESAS dekat sikit nak pergi ke Puchong". "Rasanya kat Subang Jaya.". "Tak, kat Shah Alam ni Hairie tak tahu". "Setahu abang le highway KESAS berhampiran ke HICOM Proton, tapi abang tak ingat jalan ke sana dari sini", nyataku kepada Hairie. "Hairie tahu jalan nak ke Stadium Shah Alam tapi ak ke HICOM dan tol KESAS Hairie tak tahu", balasnya lagi. "Better kita ikut Subang Jayalah macam tu, daripada sesat karang, satu hal pulak", luahan pendapatku padanya. Hairie mengganguk setuju. Aku terus memandu ke arah Subang Jaya. Kami berdua tak banyak bercakap. Aku tak tahu apasal. Mungkin kami baru sahaja "dating" berdua, so masing-masing malu tersipu-sipu. Masuk je Subang Jaya, fuhh, traffic jam giler babi. BULL SHIT! bentak hatiku. Aku umpama parking di tengah jalan raya, tak gerak-gerak. Khairil telefon aku. Dia sudah sampai kat stesyen Star LRT Sri Petaling, manakala aku stuck kat Subang Jaya. Aku telah janji yang aku ambil dia lalu menuju ke rumah Nizam Zakaria. AKu menjelaskan keadaan aku kepada Khairil. Kharil memahamiku. "Aku cadangkan ko bentang tikar kat sana, camping sat", kataku padanya. "Ye, aku nak camping lah ni kat sini", balasnya.
Hampir satu jam baru dapat kami larikan diri dari jam tersebut. Aku speeding giler-giler ke arah Sri Petaling. Akhirnya sampai juga kat stesyen LRT tersebut. "Kenalkan ni Hairie, Hairie ni pula Ah Chong", usikku. "Hai Hairie", kata Khairil. "Hai! Oh ye ke", jawab Hairie separuh terperanjat. "Tak delah, nama sebenarnya Khairil", jelasku. "Mix melayu-cina ke?", tanya Hairie. "Taklah, aku mix Melayu-India, tapi lebih pada Cina, macam mana tu?", gurau si Khairil. Kami gelak, Khairil buat lawak. Ahaks...
Kami terus menuju ke apartment Nizam Zakaria. Sampai sahaja dia sana, Is telefon aku. "Ko sekarang kat mana ni?". "Kitaorang dah sampai dah", balasku. "AKu pun dah sampai ni, ko kat mana?" soal Is. "Aku masih kat bawah apartment nih, mana ko?". "Aku jugak kat bawah nih. Haa aku dah nampak Khairil and then engko", seru Is. "Ni Man. Man ini Khairil, Mie, dan ini..." "...Hairie", sambungku. Kami saling bersalaman. "Aku pernah tengok ko sebelum ni, Hairie. Kat BB", kata Is pada Hairie. Aku sekadar senyum sahaja. Yelah, pertama kalinya aku dan Is nampak Hairie di BB.
Kami terus naik ke rumah Nizam. Masuk je ke rumah Nizam, aku di sambut oleh Zul, laki si Nizam, fikirku. Begitu ramai tetamu PLU yang datang sampaikan kami di tempatkan ke dalam bilik rehatnya. Aku melambai Nizam dan Nizam sambut kehadiran kami dengan penuh mesra. Kami duduk ke dalam bilik rehat sambil berborak antara satu sama lain. Is asyik buat lawak yang tak menentu. Kengkadang geram jugak dengan mulut dia. Lawak lepas je. Malu aku dibuatnya terutama dihadapan adikku, Hairie. Borak punya borak, kami dah lapar. Yelah, masing-masing penyegan nak ambil makanan kat ruang tamu. Lalgu aku gagahkan diri pergi ke ruang tamu dengan buat muka selamba. Sampai diruang tamu, aku memerhati di sekitar ruang tamu tersebut mencari sumber makanan. Seimbas aku nampak "Sultan Muzaffar" memakai pakaian baju melayu serba lengkap, sampin dan juga songkok. Kulihat wajahnya kosong, bagaikan tiada perasaan. Aku buat bodoh je sambil menuju ke meja makanan. Diikuti darim belakangku si Khairil mengambil makanan. "Aku ambil kek ni, ko ambil murtabak", Khairil beri arahan padaku. "OK", balasku. Aku ambil dalam 7-8 keping murtabak, sama seperti si Khairil dan terus bawa ke dalam bilik rehat. "Jom makan", seruku. Kami makan bersama-sama sambil menonton televisyen, "Animal World" rancangan tu tak salah aku. "Ok tak si Man tu?", soal Is dikala Man keluar ke ruang tamu berjumpa dengan kenalannya. "Oklah dia, CAN DO sangat", balas si Khairil. Kebetulan Man masuk kembali ke dalam bilik rehat. "Apa yang CAN DO tu", tanyaku. "Tu ha, orang utan dalam TV tu CAN DO sangat", melawak si Khairil. Si Is menarik wajah bengang giler. Aku dah Khairil gelak sakan. Tak lama kemudia kami beransur ke dapur untk mengambil makanan yang lebih berat lagi iaitu beehon dengan ayam. Aku, Hairie dengan Khairil mendahului ke dapur untuk mengambil makanan tersebut, diikuti yang lainnya. Kami kembali ke bilik rehat dan makan. Ketelanjuran itu, Man mencapai senaskah buku yang menarik perhatian di matanya yang bertajuk "GAY MANual". Dia baca dengan khusuknya Dan tak lama kemudian dia tersenyum bersendirian. Lalu dia tunjukkan kandungan buku tersebut kepada Is. "Gaydar for Straight guys", lebih kuranglah tajuk topik buku itu berbunyi. Memberi panduan kepada lelaki-lelaki straight untuk mengesan GAY, ciri-ciri yang ada pada seorang GAY. Menarik juga buku tu. AKu beri HAirie baca topik tersebut. Dia juga tersenyum bersendirian. Aku lupa nak mintak Nizam pinjamkan buku itu padaku untuk menjadi panduan kehidupan, boleh gitu, Nizam? Nanti-nantilah, detik hatiku.
Malam tu Nizam memulangkan buku yang dipinjam dariku, Siri Artakusiad penulisan Ahmad Patria Abdullah, anak kepada Abdullah Hussien, sastrawan negara. Is pula meminjamkan buku siri "Bercakap dengan Jin" penulisan Tamajalus. Aku difahamkan sekarang Nizam bertungkuslumus memerah keringat akalnya untuk menulis cerita yang berunsurkan seram yang menyelitkan unsur dan faktor kelelakian Gay. Walau apa pun yang dia tulis, aku tetap memberi sokongan yang padu untuk penulisannya itu. Ceritanya pasti tergambarnya reallistik pada ideanya.
Nizam datang ke bilik tamu membawa (aku difahamkan kawan baiknya dari dulu lagi) Muzaffar, diperkenalkan kepada kami. "Ini Muz", kata Nizam kepada kami. Hmmm... I know him. Fikiranku mengimbau kembali kepada detik-detik kekecewaan weblog SultanMuzaffar yang menjadi perhatianku sejak aku diperkenalkan kepada dunia Blog lagi. Wajahnya masih penuh dengan kekosongan. Mungkin ianya adalah kesan kelukaan yang masih belum terawat sehingga kini sehinggakan menguburi weblog SultanMuzaffar begitu sahaja. Itu adalah haknya. Tak perlua aku sangkankan kehendaknya. Nizam duduk dan beramah mesra (perlu ke statement beramas mesra ni?) dengan kami. "Aku suka peribahasa ko Nizam terutama tak 'Kalau kail panjang sejengkal...'. Aku selalu tujukan peribahasa tu kepada Mie", kata Is dengan berseloroh. Perlu ke dia buat lawak macam tu?, detik hatiku. Macam le si Is tu dah tengok aku nyer ANU panjang mana. Sial jer. "Aku sekarang ingin mengeratkan sirraturrahim antara ko berdua, jalinan muhibah katakan", jelas si Is. Yelah tuh, bentak hatiku. Sabau je lah.
Tak lama kemudian, kami meminta diri untuk mengundurkan diri masing-masing. Kami bersalaman dengan Nizam dan juga Zul. Then, kami turun ke kereta. Aku menghantar Khairil ke stesyen Sri Petaling kembali. Kemudian, aku terus menuju ke pusat Bandar, Bintang Walk. Hairie ingin clubbing malam tu, so, aku turuti kehendaknya. Aku pada awalnya tak mahu pergi clubbing. Aku fikir-fikir, kalau aku balik pun, aku tak buat benda, bosan gak.
Akhirnya kami sampai di sekitar Bukit Bintang. Kenderaan dan makhluk spesis manusia begitu ramai di sana. Memang jam. Aku memusing-musing kenderaanku disekitar Bukit Bintang - Imbi hampir 1 jam untuk mencari tempat parking. Akhirnya aku parking kereta di belakang bangunan BB. RM3, bagiku berbaloi gak sebab malam perayaan ni selalunya kalau parking tempat biasa silap-silap RM10 sekali parking. Setelah parking, Hairie menelefon membernya, seperti yang dijanjikan, berjumapa di hadapan 7 eleven, bertentangan dengan Bintang Walk. Aku bersalaman dengan member-member Hairie. Bintang Walk begitu ramai orang Cristian terutamanya berbangsa cina menyambut kehadiran X-mas. Kami melihat sahaja kerenah mereka. Keadaan mereka seperti merayakan tahun baru, terjerit sana sini seperti orang gile. Keramaian mereka sehinggakan menyesakkan laluan trafik Bukit Bintang. Until jam 12:07 pagi, barulah mereka bersurai dari himpuanan X-mas tersebut.
Kami terus bergerak ke BB untuk memulakan langkah tarian. "Hairie, biar abang bayar". "Tak pe lah bang, Hairie bayar sendiri", protes Hairie. "La, jangan macam tu, biarlah abang belanja", tegasku. "Tak pe, nanti Hairie tinggalkan duit dalam kereta", balasnya. Ahh lantak le, tahulah macam mana aku nak buat. "Dua orang ye", kataku kepada taukey BB tersebut. "RM30". Ha! Terperanjat aku. Rupanya access fee untuk malam festival tu memang mahal sikit, RM15 per entry. "Tak pe, biar Hairie tambah", Hairie menghulurkan RM10 pada taukey tersebut. Kami pun masuk. Kelihatan tak ramai lagi yang menari di Dance Floor. "Nanti dululah bang, segan nak menari sekarang. Tak ramai orang lagilah", kata Hairie. So, kami lepak-lepak di tepi dance floor. Bila dah ramai orang menadi, barulah kami turun ke dance floor. Aku menari dengan Hairie. Hairie kelihatan seperti sukar untuk menari. Aku tak pasti samada dia belum ada mood atau dia segan dengan aku. Aku buat selamba memulakan langkah tarianku. Tidak lama kemudian, dia pun menari. Aku lihat dia memandang ke satu arah lalu tersenyum sendirian. Hmm.. apasal ye?, detik hatiku. Yang pasti bukan padaku. "Ada orang cuba gangu Hairie. Kita menari jauh sikit", pintanya. Aku setuju. Kami bergerak ke tengah Dance floor. Hampir 45 minit rasanya aku menari bersama Hairie, tiba-tiba membernya si Shah datang berbisikkan sesuatu pada Hairie dan memberi keratan kertas kepadanya. "Abang menari dulu ya, dengan Shah, saya nak pergi jumpa musuh lama saya. Ada benda nak settlekan dengan dia". Aku sekadar mengangguk setuju.
bersambung...