Dari semalam lagi aku dah mula kerja kembali. Hmm.. ramai yang masih cuti lagi. Well memang tak de kerjalah datang ke ofis. Mengadap internet sentiasa.
Is tadi telefon aku ajak aku tengok wayang malam ni. Die Another Day. Bersungguh-sungguh dia ajak aku. Hmm.. Pergi sajalah. Aku pun belum tengok lagi cerita Jantan Sundal Terulung tu lagi.
. . .
Raya ke tiga tempoh hari aku raya sakan. Zack datang ke Melaka. Aku ambil dia kat sana. Pas tu kami pergi ke rumah Siti ambil dia dan terus menuju ke rumah Iskandar. Dengan kehadiran Zack, memang kami tak kering gusi gelak. Ada saje lawak yang dia buat. Yang paling teruk, akulah. Lawak mengutuk aku. Yelah, muka aku kan hodoh sebab bekas chicken pox. Tertekan jugak pekena dengan lawak dia. Arghh... Kami berjalan raya hingga ke Batu Pahat, rumah Khairil dan rumah Miza. Aku memang dapat merasakan keseronokkan hari raya kali ini, yelah, dapat jumpa member-member lama semasa berlajar di UTM dulu.
Aku pulang dan sampai ke rumah pukul 1 pagi. Letih. Aku terus tidur...