Saturday, November 30, 2002

Aku benci kehadiran malam semasa aku sakit minggu lepas. Setiap kali malam menjelma, tahap kesakitanku bertambah teruk. Seluruh badanku kurasakan seram sejuk. Aku benci kehadirannya walaupun ia sangat-sangat diperlukan oleh alam. Malam membawa kegelapan. Kegelapan sering dikaitkan dengan kejahatan. Kegelapan membutakan. Kegelapan juga merupakan satu kesempitan yang tiada ruang di antaranya, menutupi ruang pandangan mata. Malam dengan angkuhnya mendakap alam. Dengan kehadiran malam jugalah aku menderita.

Kini siang datang dengan sejuta cahaya kegemilangan. Keterangan yang dibawa oleh siang memberi ruang sejuta harapan. Kesakitan itu pergi. Kini aku ceria kembali...

Friday, November 29, 2002

Alhamdulillah, akhirnya aku pulih dari demam cacar (chicken pox). Cuma bekas-bekas dan parut cacar sahaja yang tinggal di muka dan di badan aku. Aku sedang mencari jalan bagaimana untuk menghilangkan parut-parut tersebut. Ada idea?