Wednesday, November 13, 2002

Sebelum Subuh tadi, aku dapat panggilan dari ofis (on call) bahawa power server kat ofis down. So, aku terpaksa bergegas ke ofis untuk recover balik semua server yang terlibat.

Hari ini aku email Hairie. Aku bagi gambar aku yang boleh dikatakan latest kat KLCC.

Tadi aku kene KRA dengan manager aku. Kelu lidah aku nak menjawab soalan-soalan dia. Yelah, ada ke patut dia tanya, bagi aku, aku sepatutnya dapat gred apa? Soalan-soalan bonus tu bagi aku... Anyway, aku dapat B jer. Apa-apa pun aku bersyukur sebab dapat jadi permenant staff, Insya-Allah.

Tuesday, November 12, 2002

Hari ini adik aku, Hairie, bagi gambar dia kat aku menerusi email. Hhmm.. Not bad. Ikhlas aku kata, aku suka tengok gambar dia. Thanks Hairie.

Tadi aku cuba bagi email pada Hairie tetapi mailing system reject kembali sebab mailbox Hairie dah betul-betul penuh. So, aku SMS Hairie suruh dia buat house keeping pada mailbox dia. Harap-harap nanti dia buat le. :)

Kat ofis, tempat duduk Arwah Azlin digantikan oleh si Asfar, budak shift. Ahh... bosan. Asfar tu kerek sikit. Kengkadang tu malas aku nak layan kerenah dia. Hari ni aku tak de keje sangat. Cuma habiskan sisa-sisa kerja semalam jer. Petang ni mungkin berbuka dengan juadah dari pasar Ramadhan je, berbuka kat rumah dengan housemate aku, Hafzan. Tak tahu apakah bakal akan berlaku pada hari seterusnya, membosankan...
_______________
To feel better Venusians get together and openly talk about their problems.
MEN are from MARS, WOMEN are from VENUS
Akhirnya dapat juga aku mendengar suara kawan aku yang telah lama menghilangkan diri, Ain. Gembira tak terkata. Lebih-lebih lagi dia menghantar message menerusi groups kami.

. . . . .
From: "rybut_selatan"
Date: Tue Nov 12, 2002 3:09 pm
Subject: Ya tuhan !!!! apa dah jadi ni !!!!


kak ain yang baru segar sikit ni dan akak terkejut missuniverse gitu membaca komentar2 akak akak ni !!!! perlu ke !! ada yg buat plastik sejeri jadik abang ali lah , itu lah ini lah !! harus akak mengunjungi sekali lagi wad trauma !!!

apa pun ..... sedih akak baca permohonan maaf tak bertandatangan dari korang ni ! ehe ....

akak pun sama lah ye .... akak mintak mahap dari ujung rambut loreal akak hingga lah ke pangkal pusat J LO , dan bermula semula dari pangkal lutut mariah keri ke hujung kaki milla jovovich !!! akak pun banyak buat silap dan salah pada korang ..... harap halalkan lah segala gala nya .... korang pun sumer akak tak marah tak simpan dendam dalam hati .... korang je la kawan akak yang gay dan ponen yang memahami akak.

nanti bukak pose sama sama nanti jangan la lupa ajak akak yek .... kepada kak engku !! wahhhh...kemain lagi ko ekk ... walaupun bulan ramadan, msg msg ko tetap yang XXX dan fedas gituhhhh !!!!

kepada Khairil, Is, Zack, Azri dan Mie......
selamat hari raya aidilfitri.

kak ain AKA kak bedah

p/s : banyak buat baju raya ini tahun ?? akak tak buat baju , ingat
nak pakai bra je la raya tahun ni.
. . . . .


Haha... BOLEH AJEE pakai bra waktu raya kak Bedah ooiii... Are you out of your mind? Ala-ala gaya berani matiii gituhhh...
p/s: kepada Kak Ain, selamat kembali...
_______________
To feel better Martians go their caves to solve problems alone
MEN are from MARS, WOMEN sre from VENUS

Monday, November 11, 2002

Hari ini seperti biasa, setiap hari Selasa mesti banyak kerja. Bosan.

Raya aku dapat apply cuti sehari je. Tension. Selebihnya bos aku tak luluskan cuti aku. Alasan; aku involved dengan projek Regatta. Hari ni kerja aku setup server untuk network. Kerja aku tu dari semalam lagi. Bos aku kata, buat pelan-pelan. Ok.

. . .


Aku kini merindui adikku, Hairie, yang berjauhan dengan aku. Bilalah aku nak jumpa dia ye. Lepas rayalah jawabnya. Itupun belum tentu lagi. Silap-silap hujung minggu pun aku kene kerja. Entahlah...
_______________
A man wants to make improvements when he feels he being approached as the solution to a problem rather than as the problem itself.
MEN are from MARS, WOMEN are from VENUS

Sunday, November 10, 2002

SHARE MY DREAMS

I have a dream
To soar up high like an eagle
But the path is still uncertain
Deep in my heart I'll strive
To realise my dreams
Fulfill my destiny
Among the stars

I will go on
Though there'll be pain and heartache
Echoes of my voice will remain
Before the twilight time
Comes setting on it all
I will face reality to fly up high

Just you and I
Together we will stand
You're my inspiration
For me to carry on
I owe it all to you
To make my dreams come true
And give myself to you
Really give my all to you
Come share my dream

You know that I really need you close to me
You know that you're always in my heart
The feelings I have for you will always be there
So I'll face reality to fly up high
. . . . .

Lagu ni adalah nyanyian Ning Baizura dalam album "Ning". Lagu penuh makna untuk aku buat masa ini.
_______________
When our partner resists us it is probably because we have made a mistake in our timing or approach.
MEN are from MARS, WOMEN are from VENUS
Hari ni kehidupan aku di ofis. Sungguh membosankan apabila datang ofis pada hari minggu. Terpaksa, sebab ada unfinished business, nak buat macam mana. Argghhh...

Tengahari tadi aku cuba hubungi adikku Hairie, tetapi gagal. Handphonenya tidak di jawab. Hhmm... mesti dia tinggalkan handphone dia di bilik. Dia ada kata hari ni dia nak keluar ke bandar. Tak kisahlah...

Sampai malam ni kerja aku kat ofis tak habis lagi. Ini baru persediaan untuk training. Kalau pasal projek Regatta tu dah mula, silap-silap, aku bermalam kat ofislah jawabnya. Dah kerja aku. Dah nasib badan kene kerja teruk macam ni. Bilalah aku nak merubah nasib aku kepada kehidupan yang lebih baik?...
_______________
Many times a woman just wants to share her feelings about her day, and her husband, thinking he is helping, interrupts her by offering a steady flow of solutions to her problems.
MEN are from MARS, WOMEN are from VENUS