Saturday, November 09, 2002

Hari ini aku sungguh gembira dan berbahagia setelah menerima email dari Hairie yang berbunyi begini

. . . . .
W"salam....

Time kaceh sebab sudi bagi e-mail kat Hairie. Seronok jugak berbual ngan awak tadi. Awak memang jenis ceria.

Nak buat Hairie jadi adik angkat? Kecil tapak tangan, nyiru Hairie tadahkan. Lagipun Hairie tak de abang, awak lak tak de adik. Kira ok je la tu. Seronoknya dapat abang. Hehehehhe....

OKlah abg (sesuai tak?)Nak tgk abg punya jurnal pulak. Lepas ni jgn segan-segan nak call ke, nak e-mail ke. Tak yah nak mintak permission ok. Honestly, nice knowing you.

BYE> TAKE CARE.
. . . . .


Terima kasih Hairie. Abang tidak mengsia-siakan perhubungan kita.

Kini aku dah ada adik baru... :)
Hari ini aku mulakan hidup baru. Aku bangun sahur jam 4:00 pagi. Aku tersedar sendiri tanpa dikejutkan oleh sesiapa dan juga bantuan jam. Aku sendiri pelik apasal aku boleh terjaga sendiri. Aku kejutkan housemate aku, Rashid. Aku bersarapankan roti dan cheese sahaja. Rashid cuma makan kuih yang dibelinya petang semalam. Selepas sahur. Aku tidur balik.

. . .


Paginya aku terus ke KLCC untuk membayarkan bil telefon Maxis abang aku. Abang aku sekarang nih kat UK buat master. So, aku kene uruskan segala pembayaran bil dia kat Malaysia ni. Aku menelefon Is dan Khairil, ajak keluar tengok wayang. Khairil setuju manakala Is enggan, alasannya dia ada hal dengan laki dia, Zaha. Ok, fine. Jangan pulak kata aku tak ajak pulak ye. Khairil akan sampai ke KLCC dalam tengah hari. Jam menunjukkan pukul 10:00 pagi. Awal lagi. Aku terus drive ke UiTM, Shah Alam. Destinasi aku ke Pusat Bahasa. Di sana, aku mendapatkan maklumat mengenai kursus bahasa Jerman yang ditawarkan. Setelah segala maklumat kukutip. Aku kembali ke KLCC sepertimana yang telah kujanjikan terhadap Khairil. Sampai sahaja di sana, aku dan Khairil tonton cerita Halloween 3. Best gak ceritanya. B+.

Habis sahaja kami mati kutu, tak tahu nak buat apa. Nak lepak kat Dome Cafe atau Coffee Bean, puasalah pulak. Kami round-round macam budak bodoh, turun naik KLCC. Menjelang petang, kami pulang ke temapt masing-masing...
Semalam aku mengemas barang-barang tinggalan Azlin di atas meja. Satu persatu ku susun barang-barangnya ke dalam sebuah kotak. Setiap harta peninggalannya yang kusentuh meninggalkan seribu-satu nostalgia Azlin bersamaku sepanjang perkenalanku dengannya. Air mataku berlinang. Aku kuatkan semangat untuk meneruskan kerja mengemasku. Kini aku benar-benar terasa kehilanganmu, Azlin. Aku dapat rasakan kekosongan mengisi di dalam jiwaku setiap kali aku berada di dalam ofisku. Kekosongan...
 

Thursday, November 07, 2002


Azlin di dalam kenangan.
Al-Fatihah...

Wednesday, November 06, 2002

Azlin telah kembali ke Rahmattullah jam 9:00 pagi tadi. Sama-sama sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Azlin.

Al-Fatihah...
Suasana ofis hari ni sungguh sayu. Azlin semakin tenat di SMC. Aku dah tak tahu dah nak buat apa, cuma bertawakal dan berserah kepada Allah s.w.t.

Malam tadi aku melawat lagi Azlin di SMC. Keadaannya semakin parah. Peparunya tidak berfungsi lagi. Lehernya ditebuk untuk memasukkan tiub bantuan pernafasan terus ke peparunya. Keluarga, sanak saudara dan sahabat handainya ramai yang datang menjenguk dan menyedekahkan surah Yaasin kepada Azlin. Sekarang nih masing-masing berserah kepada Allah...

Aku sudah mula rasa kesunyian di pejabat. Tempat duduk Azlin (disebelahku) di ofis kini kosong, sepi. Aku tak mahu kehilangannya. Ya Allah, kupinta padamu, kembalikanlah kesihatan dan keceriaan kepada Azlin. Amin...

Tuesday, November 05, 2002

Aku baru pulang dari Selangor Medical Center (SMC). Officemate aku, Azlin, masuk ICU, denggi berdarah. Aku rasa bagaikan mimpi. Rasanya baru je beberapa hari lepas bergurau-senda, gelak-ketawa dengan dia, tapi sekarang ni...

Menurut sepupuku, Laura, kalau denggi berdarah tak sedarkan diri, bernafas berbantukan mesin dan pendarahan, selalunya tiada harapan; 50-50. Kes sepanjang 3 bulan lepas, cuma seorang budak 5 tahun sahaja yang dapat diselamatkan, yang lainnya tidak... Laura kata budak yang hidup tu dikatakan case miracle.

Ya Allah, selamatkan sahabat baikku sepejabat, Lin. Jauhkanlah dia dari malapetaka. Jika belum sampai ajalnya, pulihkanlah dia segera. Tak sanggup aku melihat dia dan keluarganya menderita, lebih-lebih lagi ibunya...

Aku begitu sayu melihat ibunya disamping Azlin. Mengusap-ngusap sekujur tubuh Azlin yang tidak kesedaran sambil menangis. Azlin terlalu baik dengan aku, walaupun perkenalan kami tak sampai setahun. Kami masing-masing sudah memahami antara satu sama lain...

Ya Allah, pulihkanlah Lin dengan segera. Amin...
Hari ini aku baru letak Counter ke Blog aku. Saje nak buat bancian. dengan rasminya, 000001.
Sabtu lepas berakhirnya kursus Team Building di Port Dickson. Dalam perjalanan pulang ke ofis tempoh hari, aku diserang migrain yang teruk. Aku cuba tidur tetapi driver bas buka lagu hindustan terlampau kuat, menyebabkan kesukaran untuk melelapkan mata. Bertambah sakit kepala hotak aku. Aku message pada Is untuk membatalkan sahaja plan kitaorang malam ni sebab aku mungkin tak larat. Sampai sahaja di ofis dalam jam 7:15 malam, aku terus ke bilik rehat dan melelapkan mata. Sedar-sedar jam 12:30 pagi. Kepala aku masih belum pulih sakitnya. Mungkin aku salah makan petang tadi. Aku kuatkan semangat lalu bangun dari tidur. Aku pulang, pandu sendiri ke rumah.

Esok harinya, aku bangun awal. Hasrat nak belikan perfume untuk si Miza semalam terbantut sebab tak larat. Aku kena penuhi permintaannya kerana aku dah berjanji dan dia sudah memberi wang kepadaku. Aku juga yang offer dia dulu untuk mendapatkan harga perfume yang begitu rendah dari pasaran biasa. Dua perfume yang dia inginkan; Feminin D&G dan juga Deep Red Hugo BOSS. Aku bergegas keluar untuk membelinya. Setelah membelinya, aku terus ke KLCC, jumpa Azri. Dia call aku pagi tadi sebab dia nak join aku, Miza dan Zack hari ni, shopping. Aku sampai je kat Parking Free sebelah masjid KLCC, aku call si Azri. Aku suruh dia tunggu kat tepi ISETAN, senang aku pickup dia dan terus ke Central Market (CM). Tak alih-alih dia ubah plan. Dia akan ke CM sendiri menaiki Putra LRT. Ok fine. Aku terus menuju ke CM. Aku SMS Zack, suruh dia terus ke CM jika dia sampai di Puduraya nanti. Aku berlegar di dalam CM memerhatikan barangan yang dijual dan juga gelagat manusia di situ. Setelah sekian lama, Zack call aku. "Kau kat mana ni Mie? Aku dah sampai kat CM ni". "Kau tunggu kat pintu masuk CM bertentangan dengan ATM BCB, ok", balasku. Zack setuju. Aku jumpa Zack seperti mana yang telah dipersetujui. Dia tersenyum melihat kemunculanku. "Hari ni aku nak shopping sikit je. Budget aku sikit je. Aku nak beli dua helai seluar jeans, tiga helai baju dan dua pasang kasut", lawak si Zack padaku. "Wak lu sikit", balasku. Azri tidak muncul lagi. Mana mamat ni. Jauh sangat ke Masjid Jamek tu dengan CM kalau naik Putra? "Aku kat Citibank ni bank-in duit", mesej Azri kepadaku. La, kalau aku tahu dia nak ke Citibank, memang aku tunggu dia kat sana. Pundek punya budak. Tunggu punya tunggu, akhirnya Azri muncul jua. Kami terus ke foodcourt CM makan tengahhari. Kami rancak berborak di meja makan, setelah habis makan. Dalam pada itu, aku dapat panggilan telefon dari Miza bahawa dia sudah sampai di Puduraya. Kami terus menaiki Kelisa ku terus ke Puduraya mengambil Miza.

Miza kelihatan gembira setelah mendapat "habuan"nya, perfume yang aku beli pagi tadi. "Aku dah cakap dah 'Deep Red' ni Eau De Parfum, long lasting", kata Miza kegembiraan. "Aku mana perasan tu sume samada Eau De Parfum ataupun Eau De Toilette, janji aku beli", ujarku. Kami terus menuju destinasi berikutnya, Low Yatt Plaza, Bukit Bintang. Di sana Zack ingin membeli CD-R kosong manakala Miza ingin membeli siri cerita Korea. Aku sekadar membawa mereka ke sana, tidak membeli apa-apa. Zack jumpa apa yang dikehendaki tapi Miza tidak. So, kami pergi ke shopping sebelah, Sungei Wang Plaza. Manusia di dalam Sungei Wang memang ramai terutamanya bangsa Cina. Memang tempat diaorang, nak buat macam mana. Zack membeli kasut. Miza dah jumpa siri Korea tu, tapi terlalu mahal. "Kalau kat Kotaraya aku boleh dapat dalam RM60.00 je", ujar Miza. La, dia nak ke Kotaraya balik ke? Aku malas nak berpatah balik ke sana sebab sana jam dan parking dia mahal. Lagi satu alasan Miza, dia terlupa membeli tiket pulang ke JB untuk esok. Tension aku melayan kerenah perempuan ni. Kalau aku tak mengenangkan dia ni dulu best friend aku semasa di Kolej, memang aku tak layan kerenah dia.

Kami menemani Miza makan di Coffee Bean, KL Plaza, sebelum ke jalan Pudu kembali. Selepas makan, kami bergerak ke jalan Pudu, aku dropkan Miza kat Puduraya dan janji jumpa kat Sogo. Miza setuju. Zack pula bersungguh-sungguh nak singgah kat Petaling Street, nak beli Jeans. Aku turuti sahaja kehendak dia. Dah alang-alang sampai, singgah sajalah. Aku rimas dengan keadaan Petaling Street yang begitu sesak dengan manusia. Panas dan hiruk piruk. Aku dan Azri duduk ditepi bangunan sementara menunggu Zack memilih seluar Jeansnya. Dalam masa aku tunggu si Zack memilih seluar, aku call mak aku di kampung, sebab aku dapat miss call dari kampung semasa di Low Yatt Plaza, kebetulan handphone aku tertinggal dalam kereta. Mak aku suruh aku pulang esok hari kerana ada hal penting, katanya. Aku tidak mahu pulang sebab mungkin aku letih besok, yelah, malam ni plan nak masuk BlueBoy (BB). Mak aku memarahi aku sebab aku menyatakan aku akan balik ke kampung jika aku tidak letih. Aku terus bad mood waktu tu. Azri dan Zack perasan perangai aku berubah secara mendadak. "Apasal ko Mie? Ada yang tak kene ker?", tanya Azri. Aku kata aku tak ada apa-apa.

Aku dapat SMS si Miza. Dia kata dia dah sampai ke Sogo. "Apasal awal benar kau sampai? Cakap ko nak cari CD kat Kotaraya? Dah cari ke belum?", soalku. "Belum, aku tak pergi pun ke Kotaraya. Ok, ko tunggu situ, aku datang balik ke sana. Jumpa aku kat Mc Donalds depan Kotaraya", inform Miza terhadapku. Tak lama kemudian, Miza muncul dihadapanku. Kami terus melintas ke Kotaraya. Miza mencari-cari CD Koreanya. Aku, Zack dan Azri merayau entah ke mana. Azri sesekali bersungut sebab seperti sudah terlalu lewat untuk ke Sogo. Dia ingin membeli baju baru, semata-mata untuk ke BB malam ini. Langit kelihatan begitu berat. Tak lama kemudian, hujan turun dengan lebatnya.

Kat situ aku terserempak si Tapa, best friend si As (Asshole, musuh ketat aku). Aku menegur dia. Aku pulak lupa si Tapa tu best friend si Asshole tu sekarang ni. Menyesal aku tegur dia. Mamat tu jenis berlagak pulak tu. Bosan aku berborak dengan dia. Nak, tak nak, aku terpaksa berborak sementara hujan belum reda. Layan jelah. Setelah hujan reda, aku meminta kami meminta diri untuk ke Sogo.

Sampai saja di Sogo, kami terus ke Men's Wears, nak cari baju untuk si Azri. Jenama SEED. Dalam masa memilih baju untuk si Azri, Khairil menelefon aku. Aku menceritakan plan aku malam ini bersama Azri dan Zack. Khairil pula menceritakan kisah hidupnya yang berlaku pada hari tersebut. Setelah Azri membeli baju, kami terus menghantar Miza pulang ke rumah Untie-nya berhampiran dengan Taman Tasik Permainsuri, Bandar Tun Razak. Dalam perjalanan hantar Miza pulang, kami bertiga menerima SMS dari Is. Is menyatakan kami have fun without him. Ye. Memang aku terlupa kisah dia. Aku tidak menyangka yang dia nak join kitaorang ke BB. Azri dan Zack pula menyangka Is sekarang ni Is berada di Kuantan, rumah mak dia. Fikiran aku bercelaru waktu tu, lebih-lebih lagi aku bad mood dari petang tadi dan juga aku sedang driving. Miza masih di sebelahku. Kami masih belum sampai ke rumah untie-nya. Setelah menghantar Miza ke ruamh Untie dia, kami dengan ghairahnya terus ke Tasik Permainsuri, melihat kalau-kalau show dah start ke belum. Masih awal lagi. Tak ramai yang ada. Tak happening langsung. Kami mula boring. Kami terus ke Bukit Bintang kembali, cari makanan untuk makan malam. Aku parking di belakang Hotel Regent, betul-betul bertentangan dengan BB. Kami makan di Mc Donalds. Hingga hampir jam 11:00 malam, kami ke Velvet, jumpa Britney dan Dino, member di Azri. Mendengar cerita si Britney sungguh lucu. Yelah, cerita seorang ponen superstar, kononnya. Koser aku. Mirul telefon si Zack. Dia nak berjumpa dengannya. So, dia datang berjumpa kami di tangga belakang Regent Hotel. "Aku ingatkan malam ni tak nak masuk BB sebab semalam dah masuk", jelas si Mirul pada kami. Mirul datang bersama budak "Hans Isaacs" yang aku minat dulu. Namanya Hairie (bukan nama sebenar). Menurut Mirul, Hairie tu kacukkan Melayu, Itali dan Arab. Padan le muka macam ala-ala Hans Isaacs. "Wah, aku mesti makan budak ni. Aku tak kira", jelas si Dino depan aku, Azri dan Hairie sendiri. Bull Shit. Hanjing si Dino. Berani dia cakap macam tu depan aku dan Hairie. Aku tak tahu samada si Hairie dengar ataupun tidak. "Korang nak masuk tak BB malam ni?", soal si Mirul. "Kitaorang memang nak masuk. Kejap lagi.", jelasku. "Kalau macam tu, kitaorang pun masuklah", kata Mirul setelah mandapat persetujuan dari Hairie dan juga Shah (kawan si Hairie). Kami terus masuk ke dalam BB. Kelihatan tak ramai sangat orang di dance floor. Kami; Aku, Zack, Azri, Mirul, Hairie dan Shah masih menunggu di tepi dence floor. Kami berborak-borak sementara dance floor ramai orang. Bukan apa, tak nak jadi perhatian kalau turun ke dance floor nanti. Aku sesekali memerhati si Hairie. Aku suka lihat dia. Dia memang taste aku. Hati ku berkata, "Bestnyer kalau aku dapat si Hairie ni. Aku bukannya nakkan dia sahaja malah aku nakkan jiwa raganya". Mirul dan kengkawannya sudah bersedia ke dance floor. Mereka bergerak menuju ke dance floor. Hairie pula memalingkan wajahnya ke aku sambil berkata, "Jomlah menari", katanya padaku. Aku mengangguk, tapi aku kaku disamping Zack dan Azri. Setelah mereka mula menari, Azri dan Zack menjerit keriangan. "Wah, dia ajak kau menarilah. Ada respon Mie", kata Azri. Zack pun bersependapat demikian. Kami pun turun padang kemudiannya. Aku menari dengan Zack. Kulihat mata Zack melilau ke arah Hairie sambil tersenyum. Rupanya dia pun minat kat Hairie. Bertambah lagi satu saingan sengit. Arrgghh... Tak pe. "Best Man Win". Aku pun kadangkala bertukar pasangan menari. Sekejap dengan Zack, sekejap dengan Azri. Posisi aku pun berubah. Aku ke arah Hairie. Aku memerhatikannya. Dia membalas renunganku lalu aku mengangkat kening sambil meleretkan senyumanku padanya. Dia bukan main membalas lagi. Aku malu tersipu. Hmm... Nampaknya Hairie bukan "layan" aku sorang, Zack pun dia layan. Aku fikir balik, buat apa aku cemburu sebab si Hairie tu dah ada BF yang steady, lagi aku mau "celah bedah". Jahat juga niat aku ingin merampas dari BF dia. Apalah aku ni. Cuba pula kalau BF aku yang kene goda dengan orang lain, wajib aku mengamuk.

BB berlarutan hampir jam 4:00 pagi. Kami kelaur dari BB. Mirul ajak kami minum kat warung mamak seberang jalan. Zack heboh pulak nak tukar baju. Ala-ala malulah tu pakai baju tanpa lengan. Sementara tunggu dia di tepi jalan, sebuah kereta berhenti ditepi kami. Kelihatan seorang lelaki memanggil si Mirul sambil menunding-nunding jari ke arah si Hairie. "Eh, BF dia ker?", cetus fikiranku. "Peminat dia", jawab si Mirul seolah-olah dapat membaca pemikiranku. Wah, ramai betul peminat si Hairie ni. Cemburunya aku melihatnya. Hairie ni jenis layan je semua orang. Zack pun datang. Kami terus bergerak ke warung Mamak yang dimaksudkan oleh Mirul. Tapi sayang, warung tersebut tutup. Memanglah tutup, hari ini Deepavali. Kami mencadangkan pergi ke Bangsar Baru memandangkan kedai Kak Ara pun nak tutup. Mirul terpaksa menolak sebab dia perlu menghantar seseorang yang jauh dari Bangsar. Lalu kami meminta diri untuk beredar.

Dalam perjalanan ke Bangsar, Azri mengSMS Mirul untuk mendapatkan nombor phone si Hairie. Dengan mendapat kebenaran si Hairie, dia bagi kat kami. So, pandai-pandailah masing-masing untuk mengorak langkah sendiri untuk mendapatkan si Hairie...
_______________
Generally speaking, when a woman offers unsolicited advice or tries to "help" a man, she has no idea of how critical and unloving she may sound to him.
MEN are from MARS, WOMEN are from VENUS

Monday, November 04, 2002

Aku masih ingat lagi semasa aku belajar di UTM di tahun ke-2. Waktu tu aku ada seorang best friend yang nyaris-nyaris jadi BF aku. Aku dan dia waktu tu terlalu intim. Kami hampir sentiasa bersama walaupun kami berlainan fakulti dan juga blok asrama. Namanya Azril. In a social life, Azril ni aktif dalam berpersatuan. So, member-member wanita dia juga ramai. Ye lah, orang cute (babyface) dan handsome, memang le ramai peminat. So, nak dipendekkan cerita, satu malam aku datang ke bilik dia. Aku dapati dia tak ada di bilik. Roommate dia pun tak tahu mana dia pergi. Selalunya kalau dia nak pergi mana-mana, mesti dia bagitahu aku dulu. Dia tiba-tiba menghilang malam tu. Aku cari dia ke bilik-bilik member-member dia yang berdekatan dan juga di tempat-tempat dia selalu berada, tetapi dia tiada. Aku turun ke bawah (bilik gerakkan pelajar - JKP (Jawatankuasa Kolej Pelajar)) mencari dia tapi still tak jumpa. Aku mati akal, mana mamat ni pergi. Nak call dia, waktu tu masing-masing tak de handphone, yelah, zaman tu student tak mampu pakai handphone. Aku terserampak dengan kak Nab (bukan nama sebenar) dan tanya samada nampak Azril ke tidak. "Dia keluar dengan si Rabiah dan kawan-kawan perempuan yang lain satu kereta, tengok midnight. Mie tak tahu ker?", ujar kak Nab kepadaku. Lidah aku kelu. Rabiah tu memang cantik orangnya. Bijak, popular dan juga 'anak orang kaya'. Penghujung tahun 1 lagi Rabiah satu-satunya perempuan yang mampu pakai kereta Satria Auto (pada zaman tu). Ramai yang tergila-gilakan dia samada di kolej mahupun di Fakulti. Tetiba sahaja berputik rasa cemburu di dalam sanubariku. Cemburu yang teramat sangat. Aku tak kisah kalau dia nak keluar dengan Rabiah tengok midnight, tapi sekurang-kurangnya beritahulah aku dulu. Aku sedar aku siapa kalau nak dibandingkan dengan dia waktu tu. Aku belum lagi bergelar BF terhadap Azril. Yelah, orang popular perlu jaga reputasi diri. Aku sendiri konfius samada dia ni straight ataupun sebaliknya.

Satu masa dulu dia yang approach aku, bukannya aku yang terhegeh-hegeh kat dia, walaupun pada masa tu aku memang meminati dia, aku simpan sahaja di dalam hati. Waktu tulah juga "Love at the first sight" gay aku bermula. Pucuk dicita ulam yang mendatang. Mula dia approach aku waktu pergi kursus Pembentukkan JKP di PCB, Kelantan. Memang aku suka tak terkata waktu tu, yelah, aku tak bertepuk sebelah tangan. Pada waktu tu juga saingan aku ramai untuk mendapatkan dia. "Best Man Win". Bagi aku, aku bukannya "Best". Tak ada apa yang istimewa pun dalam diri aku. Aku handsome? Good looking? Peramah? huh... Jauh panggang dari api. Semua ciri-ciri tu tak ada pada aku. Aku pun tak tahu apasal dia minat kat aku waktu tu...

Aku pernah menangis bersendirian di kampung kerana aku tak nak meneruskan perhubungan dengan dia, sebab aku memikirkan perjalanan hidupku akan datang. Kalau aku berterusan sebegini, aku akan kecewa kelak. Aku menatapi wajahnya di skrin komputer aku sambil menangis. Gambarnya saja dia scan dan ditinggalkan di dalam PC aku. Aku cuba membenci dirinya. Semakin aku membenci dirinya, semakin kuat perasaan sayang terhadap dia. (Macam dialog Ogy dalam cerita Ali Setan lah pulak. Tapi ini memang kenyataan). Aku tak boleh melawan perasaan cinta. Aku terlalu lemah untuk membenci dirinya. Betul orang kata, cinta itu boleh mengatasi segala-galanya dengan keizinan-NYA. Aku tewas untuk membenci dirinya sehingga kini walaupun sekarang ini dia bahagia di samping tunangnya yang tercinta.

Berbalik cerita yang Azril keluar dengan Rabiah tengok midnight. Pada esok harinya, aku jumpa Azril. Sepatah pun aku tak tanya tentang dia keluar dengan Rabiah and the Gangs malam tadi. Azril cuma memberi pembayang dan kiasan cerita midnight yang dia tengok pada malam tadi. "You jump, I jump", katanya terhadap aku. Sah, malam tadi dia tengok cerita Titanic. Kadang-kadang, dia "jiwang" bersendirian dengar lagu "My Heart Will Go On" nyanyian Celine Dion. Aku pula umpama "trauma" setiap kali mendengar lagu tu berkumandang di corong radio sehingga sekarang. Aku buat macam tak reti je apabila dia cuba bagi "pembayang" kat aku. Dalam hati aku, aku menjerit. Kalau ikutkan hati aku, memang aku nak "terkam" je dia, tapi kerana sayang, aku batalkan niatku. Akhirnya, petang tu, kami makan bersama-sama dengan Rabiah. Mereka membuat pengakuan bahawa diaorang pergi tengok midnight malam tadi cerita Titanic. "Sampai hati Rabiah tak ajak aku", ujarku dengan suara lakonanku yang sayu. Rabiah membalas, berlakon simpati kat aku. Dia seperti mengejek aku. Satu penghinaan yang sungguh memalukan. Bull Shit. Aku benci wanita seperti tu. Ikutkan hati hendak saja aku terbalikkan meja makan tu kat dia. Aku masih waras lagi...

Rupa-rupanya aku dapat tahu dari mulut kawan aku bahawa Azril dicabar oleh Rabiah malam tu, nak buktikan bahawa dia adalah "lelaki sejati", kononnya. Hari tu aku benar-benar kecewa dengan sikap Azril yang sanggup mengetepikan aku kerana cabaran seorang perempuan. Desas desus mengatakan hubungan intim aku dengan Azril telah memberi bad reputation terhadap dia, suspek Azril gay, lebih-lebih lagi Azril yang good looking tu masih tiada Girlfriend. Mulut orang ni memang sial. Sebab itulah punca keretakkan hubungan aku dengan Azril. Mulut yang memulakan desas desus dipercayai bukan dari orang lain, tapi dari mulut musuh tradisi PLU aku sendiri, si As (nama glamour dia "Under the Bridge" ataupun "Asshole"). Aku masih ingat lagi si As mengucapkan "I love you" terhadap Azril dihadapan aku sendiri. Memang dasar SLUT, perampas dan tak tahu malu. Azril cuma buat bodoh saja atas kenyataan si As tu. Kononnya si As tu nak tengok aku sakit hatilah. Sorry, aku lagi happy sebab Azril buat DONO (Don't no).

Tiada apa yang perlu aku tangisi lagi. Semuanya telah berlalu. Azril kini dah bertunang dengan seorang wanita Queen Control. Rabiah dah kahwin dengan seorang Abang senior (suspek bekas PLU). Anak nak masuk dua. Semoga berbahagia. Si Asshole tu dengar-dengar nak jadi Duta dah (kononnya - cam ner boleh dapat aku tak tahu la. Si Ponen tu agaknya jual bontot kat pegawai SPA yang interview dia kot). Aku tetap macam dulu. Keseorangan. Cuba mencapai impian yang tak kesampaian...
_______________
A woman's sense of self is defined through her feelings and the quality of her relationship.
MEN are from MARS, WOMEN are from VENUS