Thursday, October 31, 2002

Jam 10:00 pagi ini aku bertolak ke Port Dickson. Ada kursus Team Building. Ahh... bosan. Ikutkan hati memang aku tak mau pergi, tapi sekarang nih dipaksa pergi... Tunggu dan lihat jelah....

Wednesday, October 30, 2002

Aku dan Azlin sampai ke Majlis Pelancaran PRIMEPOWER Fujitsu di Nikko Hotel tu kira-kira jam 9:00 pagi. Sampai-sampai je kat sana, kami mendaftarkan diri di kaunter pendaftaran. Aku dan Azlin bagi Business Card untuk Lucky Draw. Pas tu kami diberi satu bag file dan juga Nametag. Aku tak puas hati sebab spelling nama aku salah. Macam sial je bunyi dia. Fuck the fucking fuckers. Lepas daftar, kami terus dijamukan dengan sarapan yang mewah-mewah. Aku dan Azlin apa lagi, buat muka tak malulah, ambil dan makan apa saja yang terlintas di hadapan mata. Dalam lima minit kemudiannya, kami pun masuk ke dewan seminar. Aku diapit oleh dua orang jepun tua. Boring... Azlin duduk bersebelahan dengan dua orang wanita dari MAMPU. Ada member-lah dia... Speech pertama dan kedua disampaikan oleh Jepun. Aku tak paham English dia. Naik mengantuk aku dengar. Sampailah dia punya Marketing Person dia berucap, barulah segar biji mata aku, Mat Saleh US. Pahamlah jugak aku...

Jam 10:15 pagi, coffee break. Aku dan Azlin melantak lagi. Pastu sambung lagi seminar tu mengenai teknologi SAN (Storage Area Network) menggunakan product PRIMEPOWER server dia. Sampailah masa yang ditunggu-tunggu, cabutan bertuah. Aku bertuah, tapi tak seberapalah sebab aku dapat T-Shirt Fujitsu jer. Azlin berdoa bagai nak rak, teringin benar dia nak dapat cabutan tersebut. Kelakar aku tengok kerenah dia. Aku ambil hadiah tu dari Pakcik Jepun kat depan... Siap bergambar lagi. Hehe... sempat aku posing... "Perlu ke?". Azlin kelihatan sedikit bengang sebab dia tidak memboloti apa-apa cabutan. Kesian dia...

Kami menuju ke KLCC selepas tamat event tersebut. Yelah, alang-alang sampai KL, biar ke KLCC. hehehe... Sasaran aku dan Azlin adalah TVG, yelah, hari Rabu nih tiket wayang murah. RM 6.00 jer sorang. Kami tonton filem Reige of Fire. Boleh tahanlah cerita dia, tiga setengah bintang aku bagi. Selepas tamat tayangan, kami terus ke Food Garden, makan Teppayaki, makanan kegemaranku. Azlin pun turut serta dan mencuba. Kami makan di situ, kelihatan seperti sepasang kekasih yang sedang bercinta. Hahaha... Aku tak kisah apa anggapan orang lain yang memerhatikan kami, yang penting kami mengisi perut yang sedang lapar. Dalam waktu kami makan, Azlin dapat panggilan dari ofis, Aishah. Dia memberitahu mengenai program Team Building yang kami perlu hadir pada hari Jumaat dan Sabtu akan datang ini. Perlu pakai "Track-Suit" sepanjang dua hari tersebut. Shit... Aku dan Azlin mengeluh. "Mana aku nak cari Track-Suit tu. Nampaknya aku kene belilah", keluh Azlin. "Aku pun sama. Aku bukannya kaki sport. Kasut sukan lagi...!", sokong aku terhadap penyataan Azlin. Hendak atau tidak, aku dan Azlin terpaksa shopping. Aku mencadangkan Sungei Wang sebagai sasaran. Azlin setuju. Kami terus ke Bukit Bintang. Sampai sahaja di sana terus ke Parkson Grand. Kelihatan beberapa gayboy kat situ kewat bershopping. Sesekali, dia mereka menjeling aku dan Azlin. Tak kuasa aku nak layan jelingan ponen-ponen kat situ.

"Aku ingat aku nak simpan duit bulan ni, nak beli handphone baru", jelasku kepada Azlin. "Releks, bulan depan puasa, kau boleh simpan duit", balas si Azlin. Aku setuju dengan penjelasan si Azlin. Aku beli sehelai seluar Track-Suit, Azlin pula membeli 2 helai baju T-Shirt lengan panjang.

"Aku hauslah, jom Coffee Bean", Azlin menyatakan hasrat tekaknya padaku. "Jom, Lets roll", jawabku. Azlin order Cinimon Iced Blended dan Royal Chocolate Cake manakala aku hanya order Hot Mocha Latte. Sambil minum, kami berborak pasal masa depan. "Aku ingat aku nak berhenti kerja hujung tahun ni sebab nak sambung master", jelas si Azlin. "Rugi kau berhenti kerja sekarang. Genapkanlah setahun kau kerja sebagai pengalaman kau. Lagipun kau sekarang jadi team leader untuk projek SAN tu.", rayuku. Azlin jelah satu-satunya best friend aku kat ofis tu. Kalau dia berhenti kerja, aku memang mati kutu. Lagipun aku memang suka dengan dia. Tapi suka tak bermakna cinta. Ye, perasaan cinta tu memang jauh sekali terhadap Azlin. Aku gay. Perlu ke seorang gay bercinta dengan seorang wanita suci. Tak sampai hati pulak aku hendak mempermainkan hati seorang wanita seperti Azlin. Azlin terlalu baik buat aku. Tempoh hari, dia balik dari Mesir, macam-macam dia bagi buah tangan dari Mesir kat aku. Aku rasa macam bersalah pulak dengan dia. Yelah, bila aku pergi bercuti ke, atau berjalan ke mana-mana, tak pernah aku bagi dia apa-apa apabila kembali ke ofis. Aku memang kejam...

Selepas minum, aku ajak Azlin ke kedai Padini sebab aku nak belik kemeja kasual. Aku jumpa baju yang aku idamkan. Kemeja kasual lengan pendek dan ada sulaman bunga yang halus, sesuai untuk pergi bersantai. Best. RM 89.00. Beli jelah. Aku dapat mug free sebab aku ada membership card Padini. Vaucher Padini tinggal pulak dalam kereta. Rugi aku. Tak pe, bulan depan shopping lagi...

Pas tu aku terus pulang ke rumah bersama Azlin...
_______________
To offer a man unsolicited advice is to presume that he doesn't know what to do or that he can't do it on his own.
MEN are from MARS, WOMEN are from VENUS
. . . . .
Message: 1
Date: Wed, 30 Oct 2002 06:46:58 -0000
From: "Is"
Subject: Terima kasih

Buat : Mie, Azri, Khairil, Zack & Ain

Terima kasih bebanyak kerana sudi mambantu aku selama nie. dalam
waktu tersepit.. korang la yang melapangkan.. dalam waktu kesusahan..
korang la yang menyenangkan.. dalam waktu kesediahan, korang la yang
menceriakan.. tuhan dah takdirkan segala kebaikan & rezeki dari-NYA,
disampaikan melalui korang pada aku.. aku bersyukur pada tuhan..
kerana berjumpa dengan korang..

kalau aku nak tulih satu2 kebaikan korang.. memang aku tak boleh
ingat dan kira.. tapi tak bermaksud aku tak menghargai apa yang
korang berikan.. semoga keikhlasan korang akan tuhan balas satu hari
nanti..

"Mie, terima kasih untuk semalam
yang indah, hari ini yang ceria dan esok yang diidamkan."

"Khairil, terima kasih untuk semalam yang bahagia, hari ini
yang tiada duka dan esok yang penuh makna."

"Azri, terima kasih untuk semalam yang gembira, hari
ini yang penuh keikhlasan dan esok yang menjanjikan pengajaran erit
sebuah pengorbanan."

"Zack, terima kasih untuk semalam yang selesa, hari ini
yang penuh tawa dan esok yang tiada nokhtahnya."

"Ain, terima kasih untuk semalam yang mengajar
erti dewasa, hari ini yang penuh bimbingan dan esok yang menjanjikan
kita semua akan kekal sampai bila-bila.. "


Pada korang sekali lagi... TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK...!!

Is...
. . . . .

Aku tak tahu apasal Is tulis email ni kepada kami. Adakah dia ingin meluahkan penghargaan tu pada kami? Perlu ke dia berbuat demikian? Aku rasa tak perlu sebab bagi aku Is juga lebih banyak membantu aku dan kawan-kawan yang lain daripada kitaorang bantu dia. Apa tujuan dia? Keliru...
_______________
A man's sense of self is defined through his ability to archieve results.
MEN are from MARS, WOMEN are from VENUS

Tuesday, October 29, 2002

Bos aku dah fly ke Sabah pukul 3:00 petang tadi. Lega isi perut aku. Bebanan kerja yang dia tinggal kat aku bertimbun-timbun. Besok aku kene hadiri pelancaran sejenis model SuperComputer Fujitsu di Nikko Hotel. Aku kemungkinan pergi ke sana terus tanpa ke ofis terlebih dahulu bersama Azlin. Aku memang suka events macam ni sebab makan sedap-sedap dan free, lebih-lebih lagi buat kat Hotel. Haha... tunggu je esok hari...
_______________
When men and women are able to respect and accept their differences then love has a chance to blossom.
MEN are from MARS, WOMEN are from VENUS

Monday, October 28, 2002

Hari ini aku kene marah teruk dengan bos. Memang nyata, terang dan jelas, salah aku. Nak buat macam mana. Kerana menolong member si Rozai tu, aku yang menerima padahnya. Ofismate aku semuanya blame aku. Sebelum ni diorang dah nasihatkan aku, tapi aku yang keras kepala. Padan muka aku. Tobat, tak hingin aku nak tolong si Rozai tu, lebih-lebih lagi meletakkan diri aku di tempat yang berisiko tinggi.

Petang nih bos aku fly ke Sabah atas urusan kerja. Mungkin petang ni aku rasa selesa sedikit. Aku harap bila dia balik nanti, mood dia bertambah baik dengan aku. Hmmm...
_______________
We mistakenly assume that if our partners love us they will react and behave in certain ways - the ways we react and behave when we love someone.
MEN are from MARS, WOMEN are from VENUS

Sunday, October 27, 2002

Sabtu lepas, aku dapat panggilan telefon dari Khairil, "Oit, jom kita pergi makan kat Coffee Bean". "Haa?! Kau ada kat KL ker?", tanyaku. "Aha, aku kat UXM ni. Aku baru sudah daftar. Oit, ko dah mandi ke belum?", pekik Khairil menerusi telefon. "Belum aahhh... Ngantuk ni". "Cepatlah siap. Kita jumpa kat KLCC, ok?". "OK", balasku. Aku pun mandi dan bersiap ke KLCC. Kami jumpa di sana dalam jam 2:30 petang. Azri pun ada sekali. Kami makan kat foodcourt, aku dan Khairil makan Tepayaki manakala si Azri pula makan nasi campur. Setelah makan, kami ke Sunway Piramid, sebab kat sana ada jualan Padini Authentics. Hmmm... bajunya boleh tahan lawa tapi still mahal lagi. Tunggu bulan depan untuk beli baju raya.

Kami ke kedai kaset untuk melihat lagu-lagu terbaru. Azri sibuk mencari album lama Ning Baizura yang berjudul "Ning". Aku pula ternampak album "A Little Romancing" Ning Baizura. Aku terus mengambilnya. Actually, aku, Azri dan juga Khairil berebut untuk mendapatkannya, tapi nak buat macam mana, aku yang dapat dulu... hehe...

Apabila menjelang malam, kami pun bercadang ingin pulang ke rumah masing-masing. Khairil pulang ke rumah abangnya. Azri pulang ke rumah kakaknya, manakala aku pulang ke rumah sewaku. Dalam perjalanan menghantar Azri dan Khairil ke stesyen LRT di Masjed Jamik, Azri mendapat SMS dari member sekolah lamanya, semestinya PLU. Diaorang rancang nak jumpa Azri di Velvet malam tu jam 11. So, aku memutuskan ingin pergi bersama, nak sangat aku jumpa kawan-kawan si Azri tu. Khairil tak dapat ikut sebab dia ada dinner bersama keluarga abang dia, terpaksa pulang segera. Aku turunkan Khairil di Puduraya dan kami berdua, Azri dan aku terus menuju ke Bukit Bintang. Azri menyuarakan ingin pergi ke kedai muzik untuk mencari album Ning. Kami terus ke Tower Record. Setelah sekian lama menjelajah di Tower Record, hasilnya adalah menghampakan, menghampakan pada pihak Azri, tidak pada aku, sebab aku dah dapat apa yang aku nak. hehe...

Kemudian kami terus ke Pizza Hut, makan malam. Makan punya makan, aku bercerita tentang budak yang aku jumpa di BB minggu lepas, mukanya macam Mix Singh dan aku gelarkan sebagai "Budak Hans Isaacs", very the taste. "Aku nampak budak tu bercakap dengan si Mirul malam tu, mungkin si Mirul kenal", jelasku kepada Azri. Azri pun apa lagi, terus call si Mirul tu. "Oit, malam ni kau tak datang ke BB ker?", soal Azri kepada Mirul menerusi handphone-nya. Mirul menyatakan hasratnya bahawa dia ingin datang ke BB, dan dia sedang bersiap-siap. Azri menceritakan pasal budak "Hans Isaacs" pada Mirul. Rupanya Mirul memang kenal benar budak tu. Memang group Mirul, malam tu memang dia keluar dengan budak "Hans Isaacs" tu. Azri memberitahu bahawa aku minat sangat dengan budak tu. Mirul ajak jumpa malam tu jugak. Aku tetiba je berdebar-debar. Alamak, biar betul si Mirul nih. Dia pula beria benar nak introduce-kan budak tu kat aku. Shit. Selepas makan malam, kami beredar ke Velvet jumpa kawan sekolah lama si Azri. Dua orang kawan dia. Sorang tu, mak ai, konfius aku. Mengaku pulak diri dia tu Britney Spears dan menggelarkan dirinya sebagai "mak". Sorang lagi tu nama dia Dino, tinggi dan handsome orangnya. Mukanya ada iras-iras muka P. Ramlee waktu zaman muda-muda dan kurus. Memang very the taste. Tapi sayang, "patah" sedikit. Harus "bottom". Dua orang budak cina yang lalu di situ memandang si Dino dengan penuh ghairah sampai berpaling-paling ke belakang untuk "meratahi" Dino menerusi pandangannya. Hebat jugak si Dino tu. Well, dia bukan taste aku. Lama jugak Azri berborak dengan member-member dia tuh, hampir 1 jam berdiri di depan Velvet. Akhirnya kami beredar ke BB, ingin jumpa si Mirul.

Kami akhirnya jumpa Mirul di antara Regent Hotel dengan Public Bank. Jantungku berdegup kencang. Budak "Hans Isaacs" pun ada sekali dengan member-membernya yang lain. "Ha, memperkenalkan ini Mie dan Azri. Mie, Azri, ni pula member-member aku", sessi perkenalan dimulakan oleh Mirul. Kami bersalaman antara satu sama lain. Aku lihat budak "Hans Isaacs" tu mukanya serious. Memang hansome dan very the taste. "Korang nak masuk BB pakai baju macam nih ker?", soal si Mirul. "Taklah, kitaorang dari siang tadi, kitaorang tak masuk BB malam ni", jawab si Azri. "Kitaorang nak balik ni", sambungku. "Mana si Zack, dia tak datang ker?", soal si Mirul. "Zack datang minggu depan", jawabku. Kami meminta diri untuk balik. Kami bersalaman sekali lagi. Semasa bersalaman dengan si Mirul, Mirul membisikkan sesuatu dengan aku, "Dia tu budak UiTM". Aku mengangguk. "Jangan kau beritahu pulak dengan dia", pintaku sambil tersengih. Aku dan Azri terus ke parking kereta. Sambil berjalan ke kereta, aku SMS si Mirul, "Budak tu dah ada BF ke belum? Sapa nama budak tu tadi?". "Dah adale. Jenis setia pulak tu. Inipun dia nak jumpa BF dia kat dlm ni", balas SMS Mirul. Arrgghhh... kecewanya aku. Melepas... "Kalau dia clash nanti, kau introduce-lah dia kat aku, ok", SMS ku lagi padanya. "OK, aku akan introduce", balas si Mirul. Dalam pemanduan pulang menghantar si Azri ke rumah kakaknya, aku terbayang-bayangkan si "Hans Isaacs" di mataku. Apasallah lelaki idaman aku selalunya susah nak dapat?

. . .


Dugaanku



Hati pedih menangis
Jiwa ku yang suram
Malam yang panjang ini
Aku bersendirian
Merenung kehidupan
Memikir kesudahan
Pada siapakah hendak ku curah keresahanku

Aku berpaut pada sejengkal tali cuma
Itulah yang ada sementara aku
Hidup di dunia ini
Inikah dugaanku inikah kesempatan
Haruskah ku terus atau membiarkan
Ianya berlalu

Dekat di depan mata berat meluah kata
Terpendam segala apa dirasa sekian lama ini
Apakah kita nanti tiada dapat serasi
Ataukah hanya aku bermimpi untuk memiliki

Aku berpaut pada sejengkal tali cuma
Itulah yang ada sementara aku
Hidup di dunia ini
Inikah dugaanku inikah kesempatan
Haruskah ku terus atau membiarkan
Ianya berlalu

Kesempatan yang datang tiada ketentuan
Mampukah ku memandang di kejauhan
Tak kesampaian
Sering terbayang-bayang tinggi lagi harapan
Entahkan ku sempat ataupun tidak
Untuk bersama mu

. . . . .

Lagu ini adalah luahan hati ku terhadap kehidupan ku selama ini... Nyanyian Ning Baizura dalam album Dekat Padamu...
Jumaat malam lepas, aku keluar dengan Is ke Bandar, jalan-jalan cari makan dan sembang-sembang. Sasaran kami adalah ke Jalan Telawi, Bangsar Baru. Makan kat Devi's Coner. Nasik lemak ayam dia best. Dalam perjalanan kitaorang ke Bandar, selepas melepasi Lapangan Terbang tentera kebetulan jam sedikit, Is bersuara kepadaku, "Haa, Aznil Nawawi... Aznil Nawawi sebelah kite". "Wahh, kelas... BMW 3 series lagi", pujiku. "Sebelah dia tu siapa? Perempuan ke lelaki?", soalku. Is cuba mengenalpasti jantina orang yang duduk di sit sebelah kiri. "Aaaahhh... waniittahhhh occay!", jerit si Is. "Ha? Wanita jadian ke? Are you sure about it, Is?", soalku lagi untuk mendapatkan informasi yang betul dan tepat. "Noqs, sekilas ikan di air, mak tahu jantan betina jadiannya, occay", balas si Is. "Kelas bawak BM 3 series". "La, mak tak heran ok. Aznil tu ala-ala umur nak masuk 40 tahun, baru je dapat pakai BM 3 series je, itu je ke yang dia mampu? Mak ni umur baru 24 tahun dah pakai Altis ok, belum lagi umur mak 40 nanti, occay", kata Is dengan gah dan penuh bangga. Aku tersenyum sahaja. Itu rezeki kau Is, aku tak tahulah bilalah aku mampu pakai kereta semewah kau. Entah le...

. . .


Sementara menunggu makanan sampai, kami bercerita pasal "pepatah melayu" yang Nizam Zakaria publishkan kat weblog dia tempoh hari. Kami mengimbau kembali contoh-contoh ayat yang tertulis dalam weblog tersebut dan kami gelak macam nak pecah perut. "Harus mak menontot dengan si Nizam Zakaria tu. Ayat-ayat dia memang clust. Harus mak tabik Budha kat dia", kata Is dengan selamba. Perut aku kegelian mendengarnya. Memang malam tu aku gelak dengan si Is sepuas-puasnya, hampir-hampir putam aku dibuatnya. Is pula cuba menjadi lebih kreatif untuk mencipta pepatah-pepatah baru untuk PLU. Katanya, pepatah-pepatah melayu yang Nizam guna tu adalah pepatah melayu asli, Is inginkan satu kelainan. Dengan kata lain, Is ingin merosakkan bahasa melayu yang sedia ada. Aku tak sanggup menulis pepatah-pepatah yang dia sebutkan kerana pepatah baru yang dia cipta terlalu kesat untuk didengar, dengan kata lain, mencarut.

Selepas makan, kami terus pulang ke rumah Is. Aku bermalam di rumahnya sebab aku tak larat untuk memandu ke rumah, terlalu mengantuk.