Thursday, October 24, 2002

Bagus. Aku baru balik dari meeting tergempar. Aku telah ditarik ke dalam projek yang bernilai kira-kira RM 3.5 juta oleh managment. Regatta Project. Projek itu bermula dari hari ini dan akan berlangsung selama 15 minggu bekerja. Mati aku. Silap-silap hari, aku tak dapat cuti raya. Aku ditempatkan di bawah Hardware & OS management. Kemungkinan, hari Sabtu dan Ahad pun aku perlu datang kerja. Arrgghhh... Tak pe. Terpaksa aku korbankan weekends aku selama 15 minggu. Yang penting, experience. Selepas projek ini, Insya-Allah, teknologi IBM berada di dalam kepala hotak aku termasuklah HACMP (High Availability Cluster Multi-Processing) punya knowledge di dalam AIX 5L. Besok mula dengan penyerahan "Agreement" dengan IBM. Dijangka awal bulan depan, 2 ketul machine tu sampai. Ada baik buruknya projek ini. Buruknya, aku tak de masa nak "bersantai" di waktu luar pejabat dan hujung minggu. Baiknya, aku dapat pengalaman begitu berharga untuk "masa depan" aku. Tak sia-sia aku dapat bekerja kat sini. Alhamdulillah...

Bos aku pun dah plan, dia akan hantar aku pergi advanced training dan ambil Sun Certification untuk Solaris 8. Semuanya akan di tanggung beres oleh company. Aku pasti ianya bukanlah janji-janji palsu, sebab sebelum ni company aku dah hantar 4 training dalam masa 5 bulan aku bekerja. Training yang aku dah attend: AIX Administration Beginner to Intermediate, Sun Solaris Administration 1, Compaq Tru64 Unix Adminstration Begineer to Intermediate, dan OS/2 WARP Administration (OS purbakala hehehe). Kira Oklah untuk aku sebagai fresh graduate yang ingin menimba pengalaman. Takkan ku hampakan harapan company aku. Akan ku bekerja kerana tanggungjawab, bukan kerana kerja. Aku pegang kata-kata Bos aku...

Wednesday, October 23, 2002

Petikkan dari weblog Nizam Zakaria:

. . . . .
19) Dah bagi betis nak peha...

Maksud: Adik-adik kaki kikis yang tak puas-puas dengan hasil lendir yang telah didapatkannya setelah dispedo.

Contoh Ayat: Keji si Is ponen tak reti berterima kasih tu nok! Dah dapat cincin mas PohKong dari si Peter sugar daddy mat saleh dia tu, dia nak jugak cincin Carat Club der Tiffany Co. Eh, perlu ke? Dah bagi betis nak peha! Tak Sewaaaii occay!
. . . . .

Wah, macam "kena-kena" je member aku si Is tuh... hehe... Is, jangan pulak ko makan cili, occay.
Pagi-pagi lagi aku telah disegarkan dengan gelak katawa aku sendiri, gara-gara membaca "Pepatah Melayu" di weblog Nizam Zakaria. Sabau je lah, lawak melampau-lampau. Nak pensan aku gelak. Ahahaha...!!!
Tadi aku pergi HQ di Subang bersama-sama dengan Bos aku, buat testing VAIO Sony untuk "Board of Director" (BOD). Aku pergi ke sana menaiki kereta bos aku. Sepanjang perjalanan ke sana, bos aku "basuh" aku, baik punya. Memantul-mantul jugak aku kena. Dia bebel pasal aku mesti pantas react bila dapat sesuatu kerja. Panas aje telinga aku mendengarnya. Nak buat macam mana, dia bos, aku kuli jer. Sampai je di sana, kulihat HQ ala-ala hambar jer, membosankan. Happening lagi kat ofis aku kat sini. HQ nih tempat bosses jer. Bosan...

Aku mengangkut VAIO Sony dan Compaq Evo Laptop tu ke Conference Room. Kat situ ada Access Point untuk wireless network. Bos aku suruh test wireless dan juga VPN (Virtual Private Network). Testing tersebut berjalan dengan lancar.

Apabila semua testing selesai dibuat, kami buat penyerahan kepada BOD dan kemudian Bos aku ajak pulang ke ofis. Dalam perjalanan pulang ke ofis, kami singgah di satu perhentian R&R kat highway. Sebelum sampai ke R&R, bos aku kelihatan gelisah semacam, sampaikan dia memandu di dalam keadaan yang berbahaya. Aku naik kecut perut mengalaminya, tapi aku cuba maintain macho. Dia memang ketara sangat gelisahnya. Kereta yang dia pandu pun ketengah ketepi. Aku sangkakan dia mengantuk. Aku cuba berborak dengan dia. Dia response segala perbualan aku, tapi dia tetap gelisah. Aku tak nampak tengok mata dia sebab dia pakai sunglass. Aku mushkil. Apahal pulak orang tua nih, mabuk apa? Entahlah? Akhirnya aku menarik nafas lega apabila kami sampai di R&R. Nasib baik tak jadi apa-apa. Kami terus berhenti makan di situ. Selepas kami makan, kami terus beredar ke ofis. Dia memandu kereta dengan stabilnya, tak macam tadi, terhoyong-hayang macam orang mabuk darah. Mungkin bos aku ada penyakit kot jika makan lambat, suspek, gastrik. Mungkin...

Tuesday, October 22, 2002

Semalam Is datang ke rumah aku lagi. Dia mintak penjelasan serta penerangan tentang programming Java yang aku buat untuk dia. Sampai-sampai je dia ke rumah aku, dia ajak aku pergi makan. Seperti biasa, aku dan Is makan kat warung Tomyam yang berhampiran dengan rumah aku. Sambil makan, Is mengadu masalah rumahtanggan yang dia hadapi selama ini. Aku ingatkan dia tak ada masalah, rupanya ada, secara internally. Kesian dia. Tak pe, Is. Apa-apa pun, kau salin nama rumah dan kereta awal-awal. Kalau apa-apa jadi nanti, ala-ala janda berhias lagi vogue kau selepas ini. Dan dengan mudah kau boleh cari laki baru, boleh?

Selepas makan, aku explain mengenai programming Java tu satu persatu sampai dia faham. Yelah, kalau dia tak faham nanti, kantoi pulak dia dengan bos dia. Dah sudah tu, kami berborak-borak kosong pasal jantan-jantan yang kitaorang jumpa kat BB tempoh hari, tertumpu pada budak "Hans Isaacs", jantan idaman Malaya kami. hehehe....

Tidak lama kemudian, Is meminta diri untuk pulang sebab dia nak siapkan report programming Java dia tuh. Aku kemudian melayan buku yang aku baru beli tempoh hari, "Men are from Mars, Women are from Venus" sampailah aku terlelap...

Monday, October 21, 2002

Betul kata Nizam Zakaria (setelah aku membaca email dia di dalam Jantancun mailling-list mengenai "Perlu kah kita berbalik semula kepada kekasih lama kita?"), memori cinta pertama tu memang sukar untuk dilupakan terutama bila kita dah break dengan si Dia. Perlu ke kita mengutip sisa-sisa cinta yang telah ditinggalkan olehnya?

It's All Coming Back To Me Now



There Were Nights When The Wind Was So Cold
That My Body Froze In Bed
If I Just Listened To It
Right Outside The Window

There Were Days When The Sun Was So Cruel
That All The Tears Turned To Dust
And I Just Knew My Eyes Were
Drying Up Forever

I Finished Crying In The Instant That You Left
And I Can't Remember Where Or When Or How
And I Banished Every Memory You And I Had Ever Made

But When You Touch Me Like This
And You Hold Me Like That
I Just Have To Admit
That It's All Coming Back To Me
When I Touch You Like This
And I Hold You Like That
It's So Hard To Believe But
It's All Coming Back To Me
It's All Coming Back It's All Coming Back To Me Now

There Were Moments Of Gold
And There Were Flashes Of Light
There Were Things I'd Never Do Again
But Then They'd Always Seemed Right
There Were Nights Of Endless Pleasure
It Was More Than Any Laws Allow
Baby Baby

If I Kiss You Like This
And If You Whisper Like That
It Was Lost Long Ago
But It's All Coming Back To Me
If You Want Me Like This
And If You Need Me Like That
It Was Dead Long Ago
But It's All Coming Back To Me
It's So Hard To Resist
And It's All Coming Back To Me
I Can Barely Recall
But It's All Coming Back To Me Now
But It's All Coming Back

There Were Those Empty Threats And Hollow Lies
And Whenever You Tried To Hurt Me
I Just Hurt You Even Worse
And So Much Deeper

There Were Hours That Just Went On For Days
When Alone At Last We'd Count Up All The Chances
That Were Lost To Us Forever

But You Were History With The Slamming Of The Door
And I Made Myself So Strong Again Somehow
And I Never Wasted Any Of My Time On You Since Then

But If I Touch You Like This
And If You Kiss Me Like That
It Was So Long Ago
But It's All Coming Back To Me
If You Touch Me Like This
And If I Kiss You Like That
It Was Gone With The Wind
But It's All Coming Back To Me
It's All Coming Back It's All Coming Back To Me Now

There Were Moments Of Gold
And There Were Flashes Of Light
There Were Things We'd Never Do Again
But Then They'd Always Seemed Right
There Were Nights Of Endless Pleasure
It Was More Than All Your Laws Allow
Baby Baby Baby

When You Touch Me Like This
And When You Hold Me Like That
It Was Gone With The Wind
But It's All Coming Back To Me
When You See Me Like This
And When I See You Like That
Then We See What We Want To See
All Coming Back To Me
The Flesh And The Fantasies
All Coming Back To Me
I Can Barely Recall
But It's All Coming Back To Me Now

If You Forgive Me All This
If I Forgive You All That
We Forgive And Forget
And It's All Coming Back To Me
When You See Me Like This
And When I See You Like That
We See Just What We Want To See
All Coming Back To Me
The Flesh And The Fantasies
All Coming Back To Me
I Can Barely Recall But It's All Coming Back To Me Now

It's All Coming Back To Me Now
And When You Kiss Me Like This
It's All Coming Back To Me Now
And When I Touch You Like That
It's All Coming Back To Me Now
If You Do It Like This It's All Coming Back To Me Now
And If We...
Semalam Ed SMS aku. Dia nak jumpa aku malam semalam. Aku memberi alasan bahawa aku perlu pulang awal ke rumah, ada kerja penting yang perlu ku bereskan. Itu cuma alasan aku. Aku tidak mahu lagi jadi mangsa dan menjadi hamba seksnya. Aku bukannya GUNDEK dia. Get Lost. Well, aku teringat pesanan Is, "sebelum orang lain dump kau dan kau akan kecewa, lebih baik kau dump dia dulu. You'll feel better and happy. Biarlah orang lain sayang, cinta dan tergila-gilakan kat kita, jangan pula kita biarkan ia berlaku sebaliknya, sebab you'll put yourself insecure". Thanks Is.

Sunday, October 20, 2002

Hari ini ofis umpama tiada orang. Hany training. Azlin pula bercuti selama seminggu bermula hari ini. Shahlim pula MC. Aku menggantikan semua tugas-tugas diorang. Multitasking lah jawabnya aku hari ini. Tadi Bos aku baru bagi khutbah pagi. Dia nasihatkan aku supaya bekerja atas tanggungjawab, bukannya bekerja kerana kerja (melihat kepada skop kerja yang diberi). Hhmm.. kengkadang tu aku kurang mengerti apa yang bos aku perkatakannya. Ahhh.. lantaklah, yang penting dia tak mendatangkan masalah pada aku dan aku juga tak memberi masalah pada dia.

. . .


Hari Sabtu lepas, Is dan laki dia, Zaha, belanja aku high tea kat Equatarial Hotel, Jalan Sultan Ismail. Baru dua round, kami dah tak larat nak bangun. Gila, makan tak berhenti. Sebelah petangnya pula, diorang belanja aku tengok wayang kat KLCC, Tuxido, boleh tahan kelakar juga ceritanya. Tayangan jam 4:30 dan kami pulang ke rumah Is suami isteri jam 7:00 malam. Selepas aku dan Is makan malam di rumahnya, kami bertolak ke KL kembali dalam jam 9:30 malam. Aku membawa Is survay sauna-sauna untuk PLU yang ada di KL, iaitu Otot2 dan juga Mirage. Mirage di jalan Ipoh manakala Otot2 berhampiran dengan PWTC. Kami tidak masuk, aku cuma menunjukkan tempat tersebut dari luar sahaja. "Mirage ni ramai Cina dan Mat Saleh. Kalau kau nak dapat ramai melayu kau pergi Otot2", jelasku kepada Is. Selepas itu kami bergegas ke BlueBoy. Hampir 2 bulan aku tak pergi BlueBoy (BB), memang gian betul aku nak menari. Aku pergi sana bukan nak cari jantan pun tapi cuma nak melepaskan gian dan tension, ya, menari adalah kegemaranku, walaupun aku bukan pandai menari tapi sekurang-kurangnya aku puas. Seperti biasa, BB terlalu sesak, padat. Aku rasa pihak managment perlu berbuat sesuatu, contohnya renovation, hehe... Masuk-masuk je, aku dan Is duduk di satu sudut yang bermeja. Dihadapan kami kelihatan seorang ponen GETIK sedang menari di hadapan BAPAK ORANG. Punyalah meluat aku tengok, nak aje aku sepak terajang ponen tak sedar diri tu. Ngada-ngada sangat. Dah desprate sangatlah tu, nak kan k**ek jantanlah tu.

Aku menari dengan Is. Malam tu lagu-lagunya memang membosankan. Dalam masa aku menari, kelihatan seorang anak ikan yang memang mukanya CAN DO sangat. Aku rasa dia kacukkan Singh. Ala-ala Hans Isaacs. Wah, aku hampir BECHAK melihatnya. "Is, ko tengok budak tu... taste kan?", nundingku kepada Is. "Aha, taste sangat", jawab Is. "Is, ko usha untuk aku boleh?", ajuku kepada Is. "Tak kuasa aku", jawab Is. Seperti biasa aku just tengok budak tu, tak berani nak tegur. Aku rasa budak tu pun tak perasan yang kami asyik lihat dia sebab dia sedang anyik dengan couple dia. Dalam jam 2:00 pagi, kami bertolak pulang ke rumah Is, al-maklumlah Is tu dah berumahtangga. Bak kata Is, "Puteri Lindungan Bulan" gituh, ala-ala Cenderalela gituh. Si Ain menggelarkan Is sebagai " Puteri Lindungan Fa**j". Teruk si Ain, suka benar mencarut.

Zaha belum tidur lagi. Dia menanti kepulangan Is, "isteri" tercinta. "Abang dah tidur tadi tapi tetiba terjaga. So, abang terus bangun dan SMS Is", dalih Zaha terhadap Is. Well, orang dah sayang, memang tak boleh tidur kalau si "isteri" balik awal pagi. Bertuah si Is dapat berlakikan Zaha. Memang carring gila kat Is. Kalau pasal duit dan harta ni jangan cerita. Siap dapat Citibank Master Card GOLD supplimentary lagi. Memang kelas.

. . .


Semalam aku pergi KLCC, beli buku yang bertajuk "MEN ARE FORM MARS, WOMEN ARE FROM VENUS". Aku suka karangan John Grey tu. Apasal aku minat baca buku tu pun aku tak tahu. Mungkin aku nak mengenali hati budi seorang wanita kot. Aik, nak jadi stright ke aku nih, aku pun tak paham. Buku Psikologi. Kalau korang jumpa buku ni, baik beli dan baca. Interesting...