Saturday, October 12, 2002

Malam tadi aku diserang migrain dengan teruk sekali. Tak tahulah, apa silap aku makan semalam. Nasib baiklah pagi ni dah pulih seperti sediakala.

. . .


Saturday, October 12, 2002



"Dah siap ke belum Miza? Aku nak datang ke rumah ko sekarang nih...". "Datang le, aku dah siap ni. Eh, sebelum ko sampai ke rumah aku, ko singgah kat 7-11 beli roti, housemate aku pesan", pinta Miza. "OK", sahutku.

Hari ini aku ingin pulang ke kampung. Miza pula ingin menumpang "Kelisa"ku ke kampungnya, Batu Pahat. Sampai je aku ke rumah Miza di Taman Universiti, Miza memohon aku untuk mengangkat barang-barangnya ke dalam keretaku termasuklah PCnya. "Tu sebab le aku beria-ia sangat nak penumpang kau. Barang yang ni aku tak larat bawa balik menaiki bas", katanya sambil menunding jari kepada PCnya itu. Aku hanya mengangguk tanda setuju. Setelah siap, kami pun bergerak ke UTM. "Aku nak jumpa bebudak tu kat Kolej, nak ambil gambar diorang", jelasku kepada Miza. Sesampai sahaja kami di Kolej, ku lihat, tak de sorang pun yang menyambut kehadiran kami. Lalu aku memutuskan kami pergi ke Taman Tropika untuk bergambar. Aku dengan Miza bergambar sepuas-puasnya. Setelah puas, barulah kami bertolak pergi ke Batu Pahat.

Dalam masa setengah jam, kami sampai di sebuah Kolej di pinggir Batu Pahat. Kehadiran kami di sana adalah untuk berjumpa dengan Khairil. Hampir 15 minit kami menunggu, barulah Khairil muncul. Kami terus menuju ke rumah Miza. Miza mempelawa aku dan Khairil makan di rumahnya, tapi aku terpaksa menolak permintaannya sebab pakaian aku kurang sesuai untuk berhadapan dengan ibubapanya.

Aku dan Khairil berlalu mengundur diri ke Summit Parade, makan di McD, Khairil belanja. Sambil makan kami berborak-borak mengenai lelaki idaman masing-masing. KAmi juga mengimbas kembali memori-memori yang lalu, terutama cerita-cerita pasal Ex-BF masing-masing. Kemudian, kami ke kedai musik, beli kaset. Aku beli keset lama Anuar Zain, manakala Khairil beli keset Madonna. Biasalah Khairil, peminat Madonna yang setia. Dalam jam 4:00 petang aku bertolak ke kampung. Aku mengucapkan fairwell dan terima kasih kepada Khairil kerana sudi meluangkan masa bersamaku...

Friday, October 11, 2002

UTM, abadi memori bersamaku...
Semalam aku tak berpeluang langsung untuk menulis Blog ni. Aku sibuk menguruskan perjalananku ke Johor Bahru. Hari ini aku berada di dalam sebuah lab komputer di UTM. Hilang rasanya rinduku terhadap tempatku bertungkus lumus untuk mendapatkan segulung ijazah. Di sinilah tempat suka dan dukaku sepanjang tempoh 5 tahun yang lalu. Bilalah lagi dapatku bertandang di sini lagi? Aku tak tahu...

. . .


Thursday, October 10, 2002



"Kau dah siap ke belum?". "Aku baru jer bangun tido nih.", jawabku dengan suara yang begitu sembab kepada Laura menerusi talian telefon. "La, cepat le. Nanti lambat karang.", desak Laura. "Oklah, aku nak mandilah nih". Aku pun bersiap-siap untuk ke rumah parent Laura.

Tadi aku dapat SMS dari Is. Dia forwardkan SMS yang dia dapat dari Ed dan ia berbunyi begini, "DAH TIDO KE? AKU TAK LEH TIDO TAK TAHU NAK BUAT APA... KALAU ADA KO BOLEH JUGA MAIN... KO TOP KE BTM? AKU TOP -> ni sms Ed anto, aku tak reply pun..". Sakit hati aku membacanya. Betul kata Is, jantan tu memang tak boleh dipercayai. Aku terasa seperti dipermainkan. Shit! Forget about him for awhile. Aku tak nak fikir pasal Ed lagi...

Malam tadi aku sampai di kampung kira-kira jam 11.45 malam. Nasib baik ibuku belum masuk tidur lagi. Kalau tidak jawabnya terpaksalah aku tidur dalam kereta di luar kawasan rumah ibuku.
Pagi ni aku telah berjanji membawa Laura ke bengkel kereta untuk membetulkan keretanya yang sudah kemek di sana sini. Dengan orang sondollah, kena calarlah. Kesian aku tengok kereta dia. Lepas tu, aku dan Laura rancang ingin lepak-lepak kat Coffee Bean di bandar.
Ku lihat muka Laura masam memuncung bila melihat kehadiranku. "Apasal lewat sangat?". Aku hanya tersengih sahaja mendengar pertanyaannya."Ni, aku nak mintak tolong. Sebelum kita gi bengkel, ko temankan aku pergi rumah Nizam, nak hantar barang-barang dia ni.", rayu Laura. Aku setuju di atas permintaannya. Nizam, seorang lelaki begitu baik yang pernah aku kenal. Dia kini adalah bekas boyfriend Laura. Nizam tidak dapat menerima kenyataan bahawa kini Laura bukan miliknya lagi. Kesian Nizam. Dah tak de jodoh buat mereka berdua, nak buat macam mana. Mesti Nizam kecewa gila, fikirku. Aku, Laura dan Abang Man memindahkan barang-barang milik Nizam ke dalam "Kelisa"ku. Kemudian, kami bersama-sama menuju ke rumah Nizam.
Kulihat ibu Nizam sedang mencangkul sesuatu di hadapan laman rumahnya. "Assalammualaikum...", salam Laura kepada ibu Nizam. "Waalaikumsalam. Oh, Laura. Ingatkan siapa tadi. Ha, apa halnya? Ni sapa nih?". "Ni sepupu saya dan yang ni abang ipar saya, Abang Man". Kami masing-masing bersalaman dengan ibu Nizam. Laura menyatakan hasratnya bahawa dia menghantar barang-barang Nizam ke rumah seperti yang diminta oleh Nizam sendiri. "Nizam mana makcik?", tanya Laura selamba, mengorek rahsia bekas kekasihnya. "Dia dah kerja kat KL". Akhirnya persoalan Laura selama ini sudah terjawab. Sangkaan Laura bahawa Nizam kerja di kampung adalah salah sama sekali.
Kami sama-sama memunggah barang-barang Nizam dari kereta. Setelah habis, kami meminta diri untuk pergi. Kemudian, aku terus memandu arah Laura ke bengkel kereta yang aku maksudkan sebelum ini untuk membaiki keretanya. Sesampai je kat bengkel kereta tersebut, tokei kedai tersebut tak ada. Anak buahnya kata tokeinya sakit. Laura mencadangkan supaya datang di lain hari. Keretanya pun bukan lah tak boleh jalan atau rupanya terus sangat pun. Jadi, kami berdua terus ke bandar membawa kereta masing-masing. Sebelum itu, Laura menghantar abang iparnya pulang ke rumah.

Aku dan Laura saling berlumba-lumba ke bandar. Boleh tahan perempuan tu memandu. Brutal jugak. Bawak kereta macam stail budak penkid bawak. Akhirnya kami sampai ke destinasi. "Kau nak makan dan minum apa? Aku belanja." soalku terhadap Laura. "Seperti biasa, bagi aku Salad ... dan Mocha Ice Blended", pinta Laura. Aku pula mencuba sesuatu di luar kebiasaanku, Hot Pasta Spicy Tuna ... dan juga Vanilla Latte. Kami banyak berborak pasal keluarga masing-masing. Masing-masing ada masalah. Susah nak cerita. Kami beredar dalam pukul 2:30 petang. Aku perlu bertolak ke JB secepat mungkin.

. . .


Dari apa yang ku lihat, Fakhrul telah banyak berubah. Dia tidak semanja seperti dulu dengan aku. Dia seolah-oleh "menolak" aku dari hidupnya. Dengan kata lain, aku kini asing baginya. Mungkin masa telah merubah segalanya. Masa dan peristiwa telah mematangkan pemikirannya. Kini ku sedar sangkaan ku terhadap dia selama ni benar-benar meleset. Aku tidak kecewa. Aku faham keadaan dia sekarang. Fakhrul cuma menerimaku tak ubah seperti seorang abang. Ye, begitulah katanya terhadap aku. Selama ini mungkin aku terlalu mengharap. Aku terima seadanya, Fakhrul...

Wednesday, October 09, 2002

Aku semakin risau. Tanda love bite di leher ku masih tidak hilang dari pandangan mata umum. Petang ni aku perlu balik ke kampung. Aku takut kalau-kalau mak aku menanyakan tanda tersebut. Mak aku bukannya "baru hidup" dan tak tahu benda-benda macam nih.

Aku masih ingat lagi abang aku membawa pulang kesan love bite di lehernya semasa pulang ke kampung. Haruslah mak aku perasan dan kenal tanda tu. Apa lagi, kene interviewlah dengan mak aku habis-habisan. Pada mulanya abang aku enggan nak menceritakannya dengan gayanya yang marah-marah. Tapi akhirnya dia cerita. Menurut kata mak aku, abang aku kene "cium" secara paksa oleh admirer dia, seorang perempuan dari Terengganu semasa berseorangan di bilik kuliah. Huh, mak aku boleh percaya. Boleh diterima akal ke kalau kene cium secara paksa lalu meninggalkan kesan love bite? Aku haram tak percaya cerita abang aku tu. Dengan jantan manalah dia pergi "menyundal", tak tahulah aku. Dah masak sangatlah aku terhadap abang aku tu.
Sekarang nih kalau mak aku tanya nanti, tak kan aku nak "cerita" benda yang sama. Sah-sah aku kantoi nanti. Entahlah, aku berserahlah kepada takdir.

Pagi tadi aku SMS si Fakhrul (jambu aku, hehe...) di JB, memberitahu dia yang aku hendak tumpang tidur kat rumah dia besok. "aku x jd blik. dtg la stay kt umah aku", begitulah SMS yang dia hantar pada aku. Akhirnya dia tak jadi balik Terengganu semata-mata kerana aku. Aku dah agak dah, mesti dia akan bertindak demikian. Ahhh... tak sabar rasanya nak jumpa Fakhrul, ingin ku melepaskan rasa rindu dendam padanya. Fakhrul, tunggulah kehadiranku di JB.

. . .


"Kau balik kampung pukul berapa?", tanya Laura kepadaku menerusi Maxis Mobileku. "Aku mungkin sampai malam kot. Aku nak packing kain baju aku untuk ke JB besoklah, itu yang lambat tu". "La, aku ingatkan nak ajak ko lepak kat Coffee Bean petang ni", kata Laura dengan nada kecewa. "Well, nak buat macam mana". "Aku tadi kena saman sebab speeding, sial je. Aku kene tahan dengan polis, so aku kata aku speeding sebab nak terkencing. Tapi polis tu kata, jangan jadikan alasan tersebut untuk speeding dan terlepas dari undang-undang", cerita Laura kepadaku. Aku gelak bagaikan nak gila mendengar cerita Laura. Aku tak boleh terima alasan Laura sebegitu pada abang polis. Laura bengang. "Aku kene saman, kau gelakkan aku pulak, sial je...", sungut Laura.

. . .


Mata Sura merah berair. Aku rasa dah hampir 7 kali dia bersangap. "Apasal kau mengantuk sangat ni Sura. Malam tadi ko buat apa?". "Aku tidor lambat malam tadi, pukul 3", jawabnya. "Kau bercinta dengan sapa nih sampai lambat tidor ni?", balasku bagi memulangkan 'racun' yang diberinya semalam padaku. "Aku mana ada bercinta dengan sesiapa. Sapalah nak kan kat aku. Tak kan nak bercinta dengan kucing kot", boleh dia balas balik macam tu kat aku. Sabar je lah. Rasanya macam nak terkam jer dan gigit je kat leher dia. Eeeeeee... geramnya...!!!
Aku dan Sura tunggu Dolah siapkan installation Lotus Notes kat PC user. "Lama lagi ke Dolah?", tanya Sura. "Gila ko! 21 user siot", balas Dolah. Tiba-tiba aku menerima panggilan dari ofis. "Helo, ini Roha ni. Roha nak mintak tolong, nak kirim barang pada mak Daud, boleh tak? Nanti masa balik nanti, singgah rumah Roha ye, ambil barang tersebut?", Roha, bakal tunang si Daud, anak saudaraku. Aku mengiakan sahaja permohonan si Roha. Bagi aku, Roha baik orangnya. Tapi sayang, dia menderita dengan penyakit yang dia hadapi sekarang ini. Daud pula bercinta dengan Roha sejak sekolah menengah lagi. Kerana sayang, Daud sanggup turutkan apa saja kehendak si Roha. Sayangnya terhadap Roha begitu mendalam. Aku harap, sayang dan cintanya berpanjangan dan membawa ke jinjang pelamin, hingga ke akhir hayat. Jangan dia bersikap seperti bapanya, sudah.
"Roha yang mana nih?", tanya Dolah. "La, yang putih-putih tu, budak Kelantan", balasku. "Yang sakit buah pinggang tu ke?", Dolah inginkan kepastian. Aku mengiakan persoalan si Dolah. "Orang kampung si Sura lah ye", kata Dolah. "Kampung kau kat Kelantankan?", tanyaku inginkan kepastian. "Aha, aku lahir kat Kelantan, tapi dibesarkan kat KL", laa ye keee... detik hatiku. "Ko gheti slang Kelantan? Tak pernah dengar pun ko slang Kelantan", ujarku lagi. "Aku nak ikutkan tak reti slang Kelantan. Tapi sebab start sekolah menengah aku sekolah kat Kelantan, so, aku tahu le slang Kelantan. Sebenarnya, aku sendiri tak berapa suka orang Kelantan sebab sifat 'perkauman' diorang", kenyataan Sura memeranjatkan aku. Orang Kelantan sendiri tidak suka kaumnya. Mungkin sebab dia dibesarakan di kota Metropolitan ini. Ye, itulah sebab utamanya. Aku dah tak kisah dah Sura ni orang Kelantan ke orang apa ke, asalkan sifat-sifat "tercela" orang Kelantan tidak hadir dalam diri Sura, sudah cukup. Aku tetap admire kat kau Sura walaupun pada zahir dan batinnya ko stright.

Monday, October 07, 2002

"Arghh... ngantuknya. Malam tadi nak kata aku tido lewat, taklah pulak. Awal aku masuk tido. Apasal aku ngantuk sangat nih?". "Yelah, orang sedang bercinta, memang macam tuh. Tidor tak basah... eehhh, silap. Tidor tak lena, mandi pun tak basah", balas si Sura dengan selamba. "Eh, mana ada aku bercinta?", protesku. Sura tersengih. "Aik, siap ada kesan nyamuk besar gigit, takkan tak bercinta kot!". Aku kehilangan kata-kata bila dia menyatakan pendiriannya sebegitu padaku. Aku terpaksa bersahaja seolah-olah tidak mendengar apa yang dikatakan olehnya. Ahhhh...! kene lagi... Aku tak tahulah apa yang sedang berlegar di dalam pemikiran Sura. Mungkin dia sangka aku dah ada lover di mana lover aku tu pastinya seorang wanita. Kalau ikutkan hati, hendak saje aku berterus terang dengan si Sura tu. Tapi fikiran aku masih waras lagi.

Pagi ni saje, 3 PC user aku dapat selesaikan. Semuanya berjalan dengan lancar. Aku tak tahulah betapa serongnya mata yang memandang terhadap aku. Mungkin mata yang memandang itu berpendapat hidup aku bergelumang dengan zina. Terpaksalah aku tarikan lakonan aku di pentas sandiwara ini.

Aku tak tahu apa seharusnya aku jawab bila berdepan dengan ibuku sendiri jika "parut" ini masih tidak hilang pada esok hari. Aku terpaksa pulang ke kampung besok petang kerana lusanya aku terpaksa ke JB untuk membayar balik biasiswa abang aku. Abang aku kini sudah "berbahagia" di England bersama isterinya yang "tercinta". Percintaan Lesbo agaknya, detik hatiku. Apa agaknya yang sedang dilakukan oleh abang aku di sana ye...?
Aku terus ke rumah Is lepas kerja malam semalam. Is beria-ia nak jumpa aku sebab case love bite semalam. Bila aku sampai je kat rumah Is, laki dia, Zaha, menyambut kehadiranku.

Aku dengan Is keluar pergi makan di bandar. Seperti biasa, Is belanja seperti yang dijanjikan olehnya. Kami banyak bertukar-tukar pandangan dan pendapat tentang perhubungan aku dengan Ed. Cerita punya cerita, Is mengemukakan kenyataannya kat aku, "Jadi, ko nih umpama mesin lancaplah". Kurang hajar punya member, tergamak dia gelar aku macam tuh. Is tergelak bagaikan separuh gile, nyaris-nyaris aku nak hantar dia jumpa bomoh, takut kalau-kalau dia tetiba je menurun. Aku bagaikan terjaga dari mimpi. Ye, aku tak ubah seperti sex machine pada si Ed.

Waktu aku hantar Is pulang ke rumah, tetiba sahaja si Is dapat akal untuk menguji si Ed menerusi SMS. Aku bagi nombor telefon si Ed pada Is. Apa lagi, si Is memainkan peranannya. Perghh... memang positive response. Aku semakin keliru dengan tindakbalas Ed. Adakah aku ini boneka seks atau lover pada dia? Persoalan yang harus dijawab...

Aku memandu kereta pulang ke rumah dengan fikiran yang bercelaru, memikirkan perhubungan aku dan Ed selama ini. Aku cuba mencungkil-cungkil benakku, di mana kesilapanku? Entahlah, akalku mati... Tiba-tiba aku tersentak dengan panggilan telefon yang aku terima. Ohh, si Khairil rupanya. Wahh, rupanya dia dah baca weblog aku nih. Dia beria-ia sangat nak tahu cerita selanjutnya tentang perhubungan aku dan Ed. Aku ceritakan segala-galanya.

Khairil tak lama lagi akan melanjutkan pelajarannya di salah satu Universiti tempatan di ibu kota. Semakin berhampiran dengan aku dan kawan-kawan yang lain, tapi yang pastinya bila semaster bermula, Khairil mesti tak de masa untuk ber"huha-huha", pasti. Kursus yang dia ambil begitu taugh. Master pulak tu. Well Khairil, I wish you good luck and success all the way you do...
Aku baru balik dari ofis user install SAP client. Nasib baik user tak banyak kerenah. Aku buat kerja tu bersama dengan Sura, lelaki idaman Malaya. Hehe... Boleh ke tadi aku dengan Sura terhantuk kepala sesama sendiri ketika cuba menyelamatkan troli daripada terhimpit dengan pintu lif. Memang lawak dan memalukan. Kami hanya gelak saje bagi mengcover malu masing-masing. Nasib baik tak tercium mulut. Hehe...

Aku membuka cerita pasal air aras laut naik mendadak pada hari ini dan besok sebab kedudukkan matahari dan bulan selari pada dua hari tersebut. "Mesti kat rumah nenek aku banjir nanti", Sura menyatakan pendapatnya. "Rumah nenek ko kat mana?". "Kelantan", jawapannya selamba sambil tersengih. La, mamat ni kampung dia kat Kelantan rupanya. Dia dilahirkan di KL tapi salah seorang parent dia berasal dari Kelantan. Fuhh.. nasib baik dia bukan purely asal Kelantan. Sebab orang Kelantan nih bukan dalam senarai taste aku. Memang aku reject awal-awal, walau macam mana handsome sekalipun. Aku tak tahu kenapa. Mungkin aku tak suka sifat "abasiah" dan juga "dialeg" diorang.

Sura, ko tetap di dalam senarai top 5 aku. Hehe...

Sunday, October 06, 2002

Sial sungguh...!!! Officemate aku, Zizi, dah perasan kesan love bite kat leher aku. "Wah, member dah besar, dah dewasalah. Perlu ke tunjuk kat orang ramai", boleh dia sound aku macam tuh. Malu giler aku. Dia tak tahu aku make love dengan sapa. Yang dia tahu, kesan love bite tu jer.

Zizi sengih jer bila dia pandang kat aku. Arrgghh...!!! mahu aja aku balik rumah dengan serta merta, claim MC.
Shit! Bila aku balik rumah malam tadi dari ofis Ed, baru aku perasan. Ed tinggalkan love bite kat leher aku. Jelas pulak tuh. Hari ini terpaksalah aku mengcover dari penglihatan orang kat opis nih. Menyusahkan aku jer. Hari ni aku bangun lewat. Bebudak rumah aku sume dah pergi kerja melainkan aku, masih seronok memeluk bantal di atas tilamku yang empuk...

Aku sampai ofis kira-kira jam 8:30 pagi, aku lewat setengah jam. Nasib baik boss aku understanding. Understanding pun, self performance aku nak ikutkan terjejaslah jugak. Ahh.. lantaklah.

Lepas nih mungkin aku kene configure komputer SAP client pada user tapi tak tahu pukul berapa mula. Aku tunggu si Sura tu call je. Sura... namanya menghampiri unik. Jarang-jarang dapat dengar nama sebegitu. Orangnya nice, segak dan kelihatan jantan. Muka dia macam pelakon cerita siri drama Robin Hood yang pernah ditayangkan di TV3 satu masa dulu. Memang taste aku. Tapi sayang, dia tu straight. Tak pe, sekadar di mata pun aku dah cukup puas hati. Kalau ditakdirkan aku dapat Sura, sumpah aku tak cari yang lain...
Hari ini aku bangun tidur lewat. Mungkin tak cukup tidur malam tadi. Lebih-lebih lagi, malam tadi hujan lebat. Memang seronok tidor. Mak aku kejut aku dalam pukul 9:30 pagi. Dia ajak aku melawat orang meninggal kat Bandar, tapi aku tak larat nak bangun. Aku tetap meneruskan bahtera persemanyaman aku.

Dalam tengahhari, aku mandi dan sarapan. Kemudian, aku bergegas ke garaj mencuci kereta. Hampir 2 bulan aku tak cuci kereta. Aku sendiri pun rasa nak muntah bila memandu kereta tersebut. Gila punya kotor. Aku dah tak tahan lagi. Aku mesti cuci. Hampir setengah hari aku bersihkan kereta tu luar dan dalam. Baru puas hati aku.

Dalam jam 5 petang, aku bersiap untuk balik ke KL. Lagipun, aku dah janji dengan si Is untuk jumpa dan borak-borak kisah dia pergi ke Penang dengan Abang dia. Dalam jam 6:30 petang, aku sampai KL. Gilalah, jam teruk kat highway. Beberapa minit aku sampai kat rumah, Is pun sampai. Kelas tak kelas, dia tunjuk gambar-gambar dia yang sedang berendam dalam jakuzi (aku memanggilnya SPA) di Penang. Hotel 5 bintang tempat dia menginap. Bertuah badan dapat laki kaya macam si Zaha tu. Kemudian, kami makan kat warung depan rumah aku, seperti biasa, berborak pasal masa depan masing-masing. Is banyak memberi pendapat dan tunjuk ajar apa erti hidup sebagai seorang gay. Kengkadang tu, aku dengar cerita dari pengalaman dia, kelakar jugak. Boleh aku gelak bagai setengah giler. Tapi itulah realiti kehidupan.

Lepas makan aku terus bergegas ke ofis si Ed. Tak sabar aku nak berjumpa dengan dia. Dalam lingkungan 15 minit, aku sampai kat ofis Ed. Seperti biasa, kami warmming-up dulu, pas tu kami berborak mesra. Ed menghadiahkan aku sesuatu yang tidak seberapa tapi aku amat menghargai pemberian dia. Haha.. kelakar pun ada. Dia layan aku macam seorang perempuan pulak. Setelah beberapa minit aku bersama dia, aku rasa macam sesuatu yang tak kene. Ed mungkin dah kahwin. Ye, mungkin... Adakah aku manjadi mangsa keadaan? Memang hidup ni penuh misteri. Misteri yang tiada penghujung dan jawapan yang sebenar. Itu hanya tanggapan aku. Ye, memang satu kemungkinan...