Akhirnya aku sampai juga kat kampung. Sampai je kat rumah, terus aku telefon si Zack. Macam biasa, berborak pasal masa depan masing-masing.
Petang tadi sebelum balik kampung, aku singgah sebentar ke rumah Laura, sepupuku. Sempatlah juga aku promote perfume BOSS Hugo untuk boyfriend dia. Dia suka dan terus bagi duit untuk aku beli perfume tersebut. Kira-kira jam 7:18 malam, Ed call aku ajak jumpa besok malam dekat ofis dia. Aku gembira bila dia menyatakan hasrat untuk berjumpa dengan aku. Nampaknya aku tidak bertepuk sebelah tangan. Jangan dia ajak "projek" yang berat-berat, sudah le. Aku harap satu hari nanti dia jadi aku punya "lover" LTR. Aku memang mengharap. Dia memang "taste" aku. Aku cuma "tunggu dan lihat" sahaja samada masa "mengizinkannya" ataupun tidak.
Kat rumah kampung pula, mak aku asyik membebel pasal masa depan aku. Dia suruh cari bakal isteri yang baik dan juga menjadi kesukaan dia. Pening kepala aku mendengarnya. AKu tak tahu apa nak jawab. Aku mendiamkan diri sahaja. Yelah, aku kan GAY. Susah kalau satu hari nanti dipaksa kahwin oleh keluarga macam abang aku sendiri. Entahkan bahagia entah tidak. Entah laa.....